wrapper

Berita Terkini

الأحد 29 صفر 1439   |   Sunday November 19 2017
Wednesday, 21 June 2017 00:00

Cuti Untuk Bapa Membentuk Keluarga Rahmah

Rate this item
(0 votes)

Kenyataan Media
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
21 Jun 2017 / 26 Ramadan 1438H

CUTI UNTUK BAPA, MEMBENTUK KELUARGA RAHMAH

Wanita IKRAM mengucapkan tahniah kepada CIMB Bank Bhd kerana memperkenalkan dasar baharu iaitu cuti paterniti berbayar dinaikkan daripada tiga hari bekerja berturut-turut kepada sebulan (30 hari) kepada warga kerjanya. Pengumuman kemudahan ini dibuat bertepatan dengan sambutan Hari Bapa pada 18 Jun lalu.

Dasar yang ditambah baik itu membolehkan golongan bapa meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga menjalankan tanggungjawab bersama isteri dalam menyambut kelahiran ahli keluarga yang baharu.

Inisiatif ini wajar dipuji dan perlu menjadi contoh kepada semua sektor pekerjaan yang lain dalam usaha mencapai keseimbangan antara kerja dan kehidupan seharian. Usaha ini juga dapat membantu mengembalikan role model bapa sebagai ketua keluarga dalam membina generasi masa depan yang semakin terhakis pada masa kini, akibat kesibukan seorang bapa dalam mencari rezeki di luar rumah.

Di samping itu, golongan bapa juga diharapkan dapat lebih menghargai dan memberi sokongan kepada fasa pemulihan yang sedang dilalui oleh isteri yang baharu bersalin terutamanya dari segi sokongan fizikal dan emosi daripada suami. Inisiatif ini dapat memberikan kesan positif terhadap kesejahteraan keluarga di samping mengelakkan kejadian kemurungan selepas bersalin (postpartum depression).

Difahamkan, inisiatif dasar baharu ini merupakan usaha CIMB yang sentiasa meningkatkan kebajikan pekerja melalui dasar kesaksamaan gender.

Wanita IKRAM juga ingin mengambil peluang menyarankan para bapa untuk memanfaatkan cuti yang diberi sepenuhnya untuk membantu isteri dan menjalin hubungan erat (bonding) dengan anak serta tidak menggunakannya untuk aktiviti lain.

Semoga nikmat cuti yang disediakan ini memberi peluang kepada kaum bapa mengatur dan membina keluarga yang lebih harmoni dan sejahtera demi pembinaan negara rahmah untuk semua.

Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim
Ketua Wanita IKRAM

Read 196 times Last modified on Wednesday, 05 July 2017 07:01

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!