Print this page
Wednesday, 14 November 2018 00:00

Perhimpunan Tahunan IKRAM 2018

Rate this item
(2 votes)

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
12 November 2018 / 4 Rabiulawal 1440H

PERHIMPUNAN TAHUNAN IKRAM 2018 (PTI 2018)

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) akan mengadakan Perhimpunan Tahunan IKRAM 2018 (PTI 2018) di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Sabtu ini, 17 November 2018.

Perhimpunan ini bakal dihadiri kira-kira 4,000 orang yang terdiri daripada tetamu serta pemimpin, ahli dan penyokong IKRAM dari seluruh negara bagi merapatkan ukhuwah dan menyemarakkan semangat perjuangan.

PTI adalah acara tahunan IKRAM yang bertujuan memberi ruang kepada pemimpin berkongsi hala tuju IKRAM bersama-sama ahli dan masyarakat.

Tema PTI 2018 ialah “Bersama Membina Malaysia Baharu”. Antara acara menarik dalam perhimpunan ini ialah Ucapan Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad bertajuk “Bersama-sama Memikul Tanggungjawab Membina Malaysia Baharu”, Ucaptama Timbalan Menteri Kewangan, YB Dato’ Ir Hj Amiruddin Hamzah bertajuk “Malaysia Baharu: Peranan NGO dan NGI”, IKRAM Talks dan Hiwar al-Bina’.

Satu sidang media akan diadakan selepas Ucaptama Timbalan Menteri. Semua wartawan dan wakil media dijemput untuk hadir ke PTI 2018 dan seterusnya hadir ke sidang media tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Cik Hanis Shaharuddin 019-711 9835
Pn Atriza Umar 016-232 5637

Pejabat Penerangan dan Perhubungan Awam
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 1023 times Last modified on Wednesday, 14 November 2018 17:42
Our website is protected by DMC Firewall!