wrapper

Berita Terkini

الأحد 13 شوّال 1440   |   Monday 17 June 2019
Friday, 21 December 2018 00:00

Salah laku seksual: Apa peranan kita?

Rate this item
(1 Vote)

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
21 Disember 2018M / 13 Rabiulakhir 1440H

SALAH LAKU SEKSUAL: APA PERANAN KITA?

Kes seorang kanak-kanak 13 tahun yang didapati melakukan sumbang mahram dengan kakak kandung yang berumur 17 tahun sehingga melahirkan anak, benar-benar menggoncang hati dan perasaan masyarakat.

Kes ini sangat mendukacitakan dan perlu dipandang serius oleh semua pihak. Kejadian sumbang mahram yang berlaku, apatah lagi melibatkan kanak-kanak yang secara fisiologinya masih belum mampu berfikir secara matang, boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan dalam masyarakat hari ini.

IKRAM mengikut rapat berita yang dilaporkan dan memandang serius isu berkaitan jenayah seksual ini. Banyak faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada meningkatnya kes jenayah seksual dalam kalangan kanak-kanak dan remaja hari ini.

Semua pihak perlu memainkan peranan dan saling bekerjasama dalam mencari solusi terbaik bagi mengelakkan kes seperti ini berulang.

Justeru, IKRAM ingin menggesa supaya:

1. Pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan, perlu mengkaji semula dan meneliti kepentingan serta pelaksanaan silibus pendidikan seksual dalam pembelajaran anak-anak di peringkat sekolah rendah mahupun menengah supaya dapat dilaksanakan dengan segera.

2. Ibu bapa harus memantau aktiviti anak-anak semasa berada di rumah mahupun di luar rumah dan perlu sentiasa peka dengan sebarang perubahan yang berlaku dalam keluarga, di samping mewujudkan satu sistem yang berkesan untuk mengawal penggunaan internet anak-anak terutamanya kanak-kanak bawah umur daripada terdedah dengan bahan pornografi.

3. Pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan harus menggiatkankan usahasama dalam memberi pendidikan kepada masyarakat tentang bahaya ancaman pornografi dan sosial media terhadap anak-anak.

4. Semua pihak serta NGO-NGO yang terbabit juga perlulah bersama-sama bergandingan mempergiat dan menyebar luaskan kesedaran keselamatan diri kepada sekolah-sekolah dan masyarakat.

5. Menyebarluaskan maklumat dan sistem yang boleh memperkukuhkan semula institusi keluarga dengan mengukuhkan peranan lelaki sebagai pelindung wanita, kanak-kanak dan keluarga.

Ayuh kita berganding bahu bersama membendung gejala ini daripada terus marak. Anak-anak merupakan tunjang harapan negara pada masa depan. Kelestarian institusi kekeluargaan amat penting dalam memastikan negara mencapai sebuah negara rahmah yang murni dan harmoni.

Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh
Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 687 times Last modified on Friday, 21 December 2018 18:52

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd