Print this page
Monday, 03 May 2010 08:00

Wanita IKRAM Negeri Johor

Rate this item
(0 votes)

wanita

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

Pertubuhan IKRAM Malaysia telah menubuhkan sayap wanita yang dikenali sebagai Wanita IKRAM Malaysia pada 3 Oktober 2010. Pemasyhurannya diadakan pada hari bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2011 bertujuan untuk memperkasakan Wanita
IKRAM sebagai satu organisasi dakwah wanita, mengetengahkan fikrah Islam yang menyeluruh sebagai masalah, di samping menjalin hubungan dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita sedia ada.

Wanita IKRAM Johor adalah sayap wanita bagi Pertubuhan IKRAM Malaysia, Negeri Johor.

Wanita IKRAM mmeberi fokus kepada pembangunan wanita dan kanak-kanak. Justeru itu, akan mengetengahkan isu-isu wanita dan kanak-kanak serta membela hak-hak mereka seperti digariskan oleh syara'.

Wanita IKRAM berusaha memainkan peranan yang efektif untuk mempertahan dan mengukuhkan sistem kekeluargaan Islam dan memastikan perkongsian yang adil terhadap ruang dan peluang penglibatan, serta manfaat pembangunan dan sumber-sumber di
antara wanita dan lelaki.

Oleh itu, Wanita IKRAM Johor berusaha untuk membangunkan potensi dan kepimpinan wanita di peringkat Johor sebagai sumber pembangunan masyarakat dan ummah ke arah melahirkan masyarakat sejahtera.

Wanita IKRAM Johor berharap semua usaha dan inisiatif ini boleh dilaksanakan dengan kerjasama yang erat di kalangan organisasi-organisasi wanita Negeri Johor.

Aktiviti-aktiviti Wanita IKRAM Johor

  • Majlis Ilmu
  • Seminar Penghayatan Al-Quran
  • Bengkel Solat
  • City Survival Skill
  • Mukhayyam
  • Majlis ramah mesra ahli baru
  • Majlis Berbuka Puasa
  • Semarak Ramadhan
  • Program menyantuni masyarakat
  • Usrah
  • Wacana




Ketua Wanita IKRAM mengikut kawasan:

Bandaraya JB
Pn. Hassenah bt. Che Amat - 012-7090482

Johor Bahru Utara
Dr. Siti Munira binti Jamil - 013-7134424

Pontian
Pn Siti Mariah Ghazali - 012-7322097

Kulai
Ustazah Jaidah Musa - 019-7664142

Pasir Gudang
Pn. Norrashidah binti Abd Hadi - 019-7845224

Batu Pahat
Pn. Sahara Mohamed Said - 013-7157912

Muar
Pn. Zalila Sumari - 019-6296341

Kluang
Pn. Mahizan bt Muhamad - 013-7693931

Segamat
Pn. Saodah bt Ramli - 012-7511730

Tangkak 
Dr. Rosdina Abd Kahar - 013-7242212

Pulai
Pn. Norleha bt Md Salleh - 019-7592539

Iskandar Puteri
Pn Norliza binti Shamsudin - 019-7712512

Skudai
Pn. Norhasidah binti Kusnin - 013-7745085

Senai
Pn. Normala binti Hashim - 013-7784747

Sri Gading
Dr. Marlia binti Morsin - 019-7103880

Kota Tinggi
Pn. Zanaria bte Selamat - 019-7672962

Simpang Renggam
Pn. Fauziah binti Ab Salam - 012-7598349


Alamat:
Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Negeri Johor
10-11, Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti,
81300 Skudai.
Johor

Telefon:
07-5211152

Facebook:
Wanita IKRAM Johor

Read 3491 times Last modified on Thursday, 13 June 2019 12:01
Our website is protected by DMC Firewall!