JUARA ALL-ENGLAND KALI KE-4: DATUK LEE CHONG WEI HARUMKAN NAMA MALAYSIA DAN PERAK
Written by ZainTahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei setelah sekali lagi dinobatkan sebagai Juara Badminton All-England, sekaligus mengharumkan nama Malaysia dan negeri kelahirannya, Perak Darul Ridzuan.
Seperti biasa, Datuk Lee Chong Wei telah mempamerkan permainan yang bersungguh-sungguh dengan dayatahan tekanan yang tinggi di sepanjang permainan. Semangat tidak mudah mengalah yang ditunjukkan oleh beliau wajar sekali menjadi ikutan para belia, remaja malah seluruh warga negara ini.
IKRAM HULU PERAK ANJURKAN KURSUS KESUKARELAWANAN CEMERLANG UNTUK BELIA GERIK DAN KUALA KANGSAR
Written by Admin Perak19 Mac 2017, Gerik - Bicara IKRAM Gerik bertajuk Kursus Kesukarelawanan Cemerlang telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Kolej Komuniti Gerik. Kursus tersebut telah disampaikan oleh En Muhammad Afiq Kamarudin, Pengurus MyCARE Kota Bharu, Kelantan. Kursus ini bertujuan memupuk insan yang berkesedaran tinggi dalam membantu keperluan sesama manusia di lokaliti dan di seluruh dunia.
84 peserta yang hadir dari sekitar Gerik & Kuala Kangsar telah memanfaatkan program ini. Diharapkan semangat kesukarelawanan akan berkembang subur dalam kalangan belia dan remaja kawasan Gerik dan Kuala Kangsar, malah di seluruh negeri Perak.
|
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Perak(IKRAM Perak) adalah satu dari 14 cawangan negeri Pertubuhan IKRAM Malaysia seluruh negara. Pertubuhan IKRAM Malaysia adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia. Dasar IKRAM ialah ISLAM dan asas pegangannya ialah Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' dan Ijtihad. Pertubuhan IKRAM Malaysia telah dilancarkan pada 8 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 20 Jun 2010 di Malaysia International Exhibition and Convention Centre, Seri Kembangan. Pelancaran IKRAM telah disempurnakan oleh Presidennya, Ustaz Dr Haji Mohd Parid Syeikh Ahmad.
|
Daerah-Daerah IKRAM PERAK adalah:
|
36A, Persiaran Halaman Ampang 6,
Halaman Ampang Mewah,
31350 IPOH, Perak Darul Ridzuan