Print this page
Friday, 06 March 2015 08:00

ROAD TO HAPPY FAMILY

Rate this item
(0 votes)

11006372 523841397754455 6595055202917094112 n

KOTA KINABALU, 15 Februari 20015 – Program Road to Happy Family yang berlangsung selama setengah hari berjaya dilaksanakan. Program ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan di Negeri Di Bawah Bayu ini. Program bertemakan 'Bicara Efektif, Keluarga Bahagia' ini menjemput Ahli Psikologi Klinikal Hospital Pakar An-Nur, Azlina @ Roszy Mohammad Gaffar sebagai penceramah. Dalam perkongsian yang disampaikan, Azlina telah mengupas tentang dunia anak-anak sekarang, tips komunikasi efektif dengan anak-anak dan bahasa cinta dalam rumahtangga.

 Program ini merupakan inisiatif Jawatankuasa Wanita IKRAM Sabah dengan kerjasama Perpustakaan Negeri Sabah, Kota Kinabalu, SALIMAH Sabah, Hidayah Centre Sabah dan Tadika Tunas Iman. Road to Happy Family ini telah berlangsung di Perpustakaan Negeri Sabah, Kota Kinabalu dengan penyertaan seramai 100 orang peserta dari pelbagai latarbelakang.

Diharapkan program ini dapat memberi kefahaman tentang peri pentingnya komunikasi yang efektif dalam keluarga bagi mewujudkan suasana yang sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga Muslim.

 

Read 1523 times Last modified on Monday, 18 May 2015 15:48
Our website is protected by DMC Firewall!