wrapper

Berita Terkini

الأحد 16 المحرّم 1441   |   Monday 16 September 2019
UCAPAN HARI MALAYSIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK
UCAPAN HARI MALAYSIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK 16 Muharam 1441H / 16 September 2019 SAYANGI MALAYSIAKU: MALAYSIA BERSIH  Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi
Kelas Didik Rakyat Kampung Baru, Kota Samarahan
Kota Samarahan, 14 Sept- Kelas Didik Rakyat telah berlangsung lebih sebulan di Masjid Darul Naim, Kampung Baru, Kota Samarahan. Seramai 20 orang anak-anak dari Kampung Baru, daripada keluarga yang kurang berkemampuan
IKRAM Sibu Bersama Masyarakat Kampung Penipah
Wanita IKRAM Sibu dengan kerjasama pasukan Klinik bergerak iMARET Sarawak dan MyCare Kawasan Sibu mengadakan program bersama masyarakat bertempat di Penipah, Daro. Program yang berlangsung pada 24 hingga 25 Disember
IKRAM Sibu, iMaret Tempuh Perjalanan 10 Jam Bertemu Masyarat Kenyah dalam Kembara Pesona Kehidupan
Kembara Pesona Kehidupan : Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0 diadakan pada 27 Oktober hingga 1 November 2016 bertempat di Long Busang, Belaga. Program Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0 yang juga bermaksud kita

DSC_0024.JPG

'Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.' Begitulah antara pepatah Melayu yang menggambarkan tentang kepentingan mendidik kanak-kanak sejak kecil lagi. Justeru, Pertubuhan IKRAM Malaysia Kota Samarahan mengambil inisiatif untuk menganjurkan program 'Kem Aulad Bestari' yang bertemakan 'I Love Muslims'.

Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk rasa kasih dan sayang sesama saudara Islam, tanpa mengira di mana mereka berada.

Program yang diadakan di Masjid Taman Desa Ilmu Kota Samarahan ini mendapat sambutan daripada 50 orang peserta dalam kalangan kanak-kanak tujuh hingga 12 tahun.

Wednesday, 06 May 2015 08:00

Berita IKRAM Terbitan 6 Mei 2015

Written by

060515StailPg1-page-001.jpg

1920x1080-turquoise-solid-color-background.jpg

Mukhayyam Ahli Aktif dan Ahli Teras Pertubuhan IKRAM Malaysia negeri Sarawak selama tiga hari dua malam telah melabuhkan tirainya pada tengah hari semalam. Ia diadakan di Kem Belia Kemuyang, Sibu pada 1 Mei hingga 3 Mei yang lepas. 

Bertemakan 'Jihad Jalan Kami', mukhayyam ini mengumpulkan seramai 100 orang ahli aktif dan ahli teras IKRAM dari lima daerah di seluruh Sarawak iaitu Kuching, Kota Samarahan, Sibu, Bintulu dan Miri. 

Aktiviti sepanjang perkhemahan berbentuk kuliah yang membentuk pemikiran kritikal dan kritis, aktiviti lasak yang merapatkan ukhuwah dan aktiviti yang membentuk spiritual serta rohani.

Sunday, 26 April 2015 08:00

Riadhah Mahasiswa Institut Kemahiran MARA

Written by

Mahasiswa_aset_penting_untuk_transformasi_sosial.jpg

'Berikan aku 10 mahasiswa, nescaya aku akan menggoncang dunia'.

Begitulah kata-kata Presiden Soekarno yang menggambarkan betapa besarnya pengaruh mahasiswa dalam menggerakkan perubahan dalam masyarakat.

Namun, apa yang kita lihat realiti pada masa kini, mahasiswa terbelenggu dengan skop pemikiran yang sempit serta jati diri yang lemah.

Justeru atas kesedaran ini, Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Bintulu mengadakan program Riadah Mahasiswa Institut Kemahiran Mara (IKM) Bintulu.

Page 12 of 29

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
No. Tel. Setiausaha :
Dr. Noor Hisyam bin Noor Mohamed
(017-334 6405)
Our website is protected by DMC Firewall!