PERMOHONAN PERTUKARAN DAERAH IKRAM SECARA ONLINE:

PANDUAN PERMOHONAN PERTUKARAN DAERAH IKRAM ONLINE

 
 
Sila baca dengan teliti sebelum mengisi borang. Borang hendaklah diisi dengan lengkap terutama maklumat yang bertanda *. Ibu Pejabat IKRAM akan memaklumkan status perkembangan proses permohonan dari masa ke semasa.
 
Tiada pembayaran yuran pertukaran daerah yang dikenakan dalam proses pertukaran ini.
 
Berikut ialah garis panduan langkah-langkah bagi permohonan pertukaran daerah secara online:
1. Ahli mengisi borang permohonan pertukaran daerah secara online.
2. Pihak Naqib(ah) daerah asal mengisi laporan tarbiah ahli di daerah.
3. JK Tarbiah Daerah asal akan membuat pengesahan laporan tarbiah berkenaan.
4. JK Daerah asal akan menghubungi ahli yang memohon bagi memastikan persetujuan ahli berkenaan.
5. Pejabat SUA Pusat akan memproseskan permohonan tersebut dan menukarkan status melalui SPI.
6. JK Daerah baru akan menerima pemakluman melalui SPI dan JK Tarbiah Daerah baru akan menyusun usrah. Status pertukaran daerah dan penyusunan usrah baru akan dimaklumi oleh daerah asal melalui SPI.
*. Kelulusan muktamad permohonan pertukaran daerah adalah dibawah bidang kuasa Setiausaha Agung (SUA).