Free Joomla Templates | Free Joomla Extention | Free Joomla Modules | Free Joomla Component Free Joomla Templates Free Joomla Extention | Free Joomla Modules | Free Joomla Component
Make Money Fast for Kids | Make Money Fast Kids | How to Make Money Fast for Kids Make Money Fast for Kids Make Money Fast for Kids | Make Money Fast Kids | How to Make Money Fast for Kids
Portal IKRAM versi baru lebih dinamik PDF Print E-mail
Sunday, 22 May 2011 13:32

BANGI – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melancarkan portal baru yang lebih dinamik, kontemporari, kaya maklumat berasaskan teks, audio dan video serta lebih menyeluruh bersempena persidangan Dewan Perwakilan Nasional (DPN) di Dewan Utama, Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 21-22 Mei 2011.

portal ikram

Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad telah melancarkannya disaksikan hampir seratus ahli DPN Pertubuhan IKRAM Malaysia. Turut menyaksikan acara tersebut ialah Timbalan Presiden, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Media IKRAM (IKRAMedia) serta Timbalan Pengerusi, Tuan Hj Nahar Md Nor yang memantau perjalanan semua institusi media milik IKRAM.

Secara simboliknya, Dr Mohd Parid telah merasmikan pelancaran dengan 'menekan' butang ‘launch’ sebagai pemula untuk memainkan montaj pelancaran selama 30 saat. Tuan Hj Ahmad Jamali Sepihie selaku Setiausaha IKRAMedia Pusat kemudiannya memberi penjelasan secara ‘walk through’ akan reka cipta baru Portal IKRAM. Mengambil peluang ini, JK Penerangan turut mengisyhtiharkan reka cipta baru portal berita Malaysia Harmoni yang dibangunkan semula.

portal ikram

Saudara Mohamad Saidy Ismail (kiri) selaku Ketua Perunding Lembaga Editorial Portal Malaysia Harmoni dan selaku ketua dalam usaha-usaha penulisan IKRAMedia Pusat, telah memberi penjelasan akan perlunya penglibatan serta sokongan ahli-ahli DPN bagi menggalakkan penghasilan kandungan dan penulisan untuk mengisi kedua-dua portal ini.

Orang ramai kini boleh mengikuti laporan aktiviti-aktiviti dan perkembangan semasa Pertubuhan IKRAM Malaysia sama ada Pusat atau IKRAM negeri melalui portal ini. Portal ini juga membantu anda mengakses laman institusi-insitusi IKRAM yang popular seperti Aqsa Syarif, IKRAM Health, sayap Wanita IKRAM, MUSLEH dan rangkaian sekolah-sekolah IKRAM dan beberapa laman lain.

Selain itu, portal baru ini juga menghubungkan orang ramai dengan facebook beberapa orang kepemimpinan IKRAM yang aktif dengan laman sosialnya. Anda juga dapat mengikuti bahan-bahan tarbiah dalam talian dan klip video penyampaian tokoh-tokoh IKRAM.

Sementara itu, Hj Ahmad Jamali mengharapkan dengan pelancaran portal baru ini, IKRAM negeri dan daerah sentiasa mengemas kini laman masing-masing serta menulis mengenai aktiviti-aktiviti IKRAM peringkat negeri dan daerah supaya maklumat dan pencapaian IKRAM dapat dikongsikan dan dihubungkan melalui portal ini.

“Kita harap portal baru ini dapat membantu mengembangkan usaha dakwah dan tarbiah Islamiah ke dalam masyarakat,” katanya.

 
Sesuai dilayari dengan Mozilla Firefox versi 3.0.19 ke atas.