| Kenyataan media pelancaran IKRAMTeens |
| Isnin, 30 Mei 2011 01:48 |
|
IKRAMTeens telah dilancarkan secara rasmi oleh Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad pada Sabtu 28 Mei yang lalu. Lebih daripada 1,000 orang remaja hadir dalam majlis pelancaran ini.
IKRAMTeens ditubuhkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) pada 12 Disember 2010. IKRAM telah menjadikan agenda membimbing remaja sebagai satu aktiviti penting sepertimana Fasal 9.2.9 Perlembagaan IKRAM yang berbunyi ”Mewujudkan platform bagi membimbing para remaja dan belia dengan perkara yang berfaedah”. Misi IKRAMTeens ialah untuk membentuk remaja yang menghayati Islam secara menyeluruh dan memiliki ciri-ciri unggul melalui bimbingan yang komprehensif, kontemporari, seimbang serta berterusan agar mampu untuk menjadi remaja yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara. Umum mengetahui remaja pada hari ini menghadapi cabaran yang besar. Mereka berhadapan dengan dunia tanpa sempadan dan begitu mudah dipengaruhi jika tiada benteng dalaman. Oleh itu, mereka perlu dibimbing dan didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang sihat yang dapat membina jati diri dan peribadi mereka. IKRAM percaya aktiviti-aktiviti yang ditawarkan oleh IKRAMTeens akan membantu para remaja untuk membina diri mereka menjadi remaja yang berakhlak mulia, memiliki sifat-sifat kepimpinan yang terpuji, mempunyai pegangan hidup yang kukuh di samping aktif, progresif dan berwawasan.
Pengenalan kepada IKRAMTeens
Misi IKRAMTeens ialah untuk membentuk remaja yang menghayati Islam secara menyeluruh, memiliki ciri-ciri unggul dan berkepimpinan tinggi melalui bimbingan yang komprehensif, kontemporari, seimbang serta berterusan, mampu untuk menjadi remaja yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara.
Objektif IKRAMTeens
Moto IKRAMTeens adalah ”Menyerlah Jauh daripada Biasa”. IKRAMTeens berhasrat melahirkan remaja yang memiliki akhlak, ilmu, amal, kepemimpinan dan kebolehan selaras dengan moto tersebut.
Syarat Keahlian Institusi
Aktiviti merangkumi aspek mental, jasad dan rohani (MENTaRi)
Faedah keahlian
Harapan
IKRAM juga mengalu-alukan semua pihak yang berkepentingan dengan pembinaan remaja untuk sama-sama berganding bahu dan saling bekerjasama menjaga modal insan yang cukup berharga. IKRAMTeens mengalu-alukan dan menjemput para remaja untuk bersama-sama menyertai IKRAMTeens dan bersedia untuk dibimbing dalam progam IKRAMTeens. Penyertaan dengan sokongan ibu bapa amatlah dialu-alukan kerana ibu bapa seharusnya bersama-sama membina anak anak remaja. IKRAM juga berharap dengan wujudnya platform IKRAMTeens dan terlaksananya progam membina remaja maka akan memberi sumbangan besar pada negara dalam memerangi apa jua bentuk gejala sosial yang sedang melanda negara. |






Sebahagian daripada remaja yang hadir adalah pelajar-pelajar daripada sekolah-sekolah di bawah IKRAM. Sebahagian yang lain adalah daripada sekolah-sekolah kerajaan dan swasta. Kebanyakan yang hadir adalah yang pernah mengikuti program anjuran IKRAMTeens.
IKRAMTeens merupakan sebuah wahana untuk menggerakkan aktiviti remaja yang bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan telah ditubuhkan pada 12 Disember 2010.
Adalah diharapkan dengan penubuhan IKRAMTeens, IKRAM mampu memberi sumbangan besar dalam masyarakat dan negara untuk membimbing dan membina remaja yang cemerlang dan gemilang.