| Era baru Libya pasca-Gaddafi |
| Selasa, 25 Oktober 2011 09:35 |
|
Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) mengucapkan tahniah kepada rakyat Libya yang bangkit menumbangkan diktator Muammar Gaddafi. Ia memberi pengajaran kepada para pemerintah di negara lain supaya sentiasa bersikap adil dan tidak menzalimi rakyatnya sendiri. Dunia telah menyaksikan bagaimana Gaddafi dihambat sehingga ke terowong gelap dan dipamerkan mayatnya di khalayak ramai bersama jenazah anak beliau, Mutassim. IKRAM berharap kerajaan yang sah akan dapat ditubuhkan melalui pelaksanaan pilihan raya yang telus dan adil. IKRAM turut mendoakan agar kerajaan sementara Libya di bawah Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) dapat menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya dan memelihara perpaduan rakyat negara itu kerana Libya mungkin akan berhadapan dengan cabaran-cabaran yang lebih besar pada masa hadapan. Semoga rakyat Libya teguh bersatu dalam mewujudkan sebuah negara yang aman, sejahtera dan maju dari sudut ekonomi, politik dan sosial sesuai dengan kehendak Islam. DR MOHD PARID SHEIKH AHMAD |





