Free Joomla Templates | Free Joomla Extention | Free Joomla Modules | Free Joomla Component Free Joomla Templates Free Joomla Extention | Free Joomla Modules | Free Joomla Component
Make Money Fast for Kids | Make Money Fast Kids | How to Make Money Fast for Kids Make Money Fast for Kids Make Money Fast for Kids | Make Money Fast Kids | How to Make Money Fast for Kids

Tun Dr Mahathir lancar 'Kempen Sumbangan 1 Bilion Dolar Untuk Membina Semula Gaza'

CYBERJAYA - Pelancaran ‘1 Billion Dollar Donation Campaign to Rebuild Gaza’ telah disempurnakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di Shaftbury Asteria Cyber...

Econsave, i-Bantu Johor anjur Misi J4K salur bantuan di Kuala Krai

SENAI - Misi Khas Bantuan Banjir J4K (Johor for Kelantan) dengan kerjasama i-Bantu Johor dan Econsave Zon Selatan telah dilepaskan oleh YB Asiah Md Ariff, ...

Dr Hafidzi terima Anugerah Maulidur Rasul 1436H

PUTRAJAYA - Pengerusi Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor menerima Anugerah Maulidur Rasul sempena Majlis Sam...

Presiden IKRAM ke Kelantan lawat operasi i-Bantu

KOTA BHARU - Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad telah bertolak ke Kota Bharu pada pagi semalam untuk melihat operasi i-Bantu di Kelantan deng...

Pimpinan tertinggi IKRAM sertai misi bantuan banjir

TEMERLOH - Timbalan Presiden IKRAM, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus menyertai misi bantuan banjir bersama pasukan sukarelawan i-Bantu Kajang di sini pada Ahad ...

SMI Hira’ Jeram, SRI Hidayah JB johan keseluruhan PRINT’14

KUALA KUBU BHARU - Kadet Remaja Sekolah MUSLEH (KRSM) dari SMI Hira’ Jeram dan Sekolah SRI Hidayah Johor Bahru muncul johan keseluruhan bagi pertandingan da...

Lebih 1,200 sertai PRINT’14

KUALA KUBU BHARU - Kira-kira 1,274 orang Kadet Remaja Sekolah MUSLEH (KRSM) termasuk kadet dari Indonesia dan Thailand serta 145 orang pengiring telah meny...

Econsave sumbang RM1.06 juta, tabung Rebuild School for Gaza dilancarkan

KAJANG - Pasaraya Econsave Cash & Carry telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM1.06 juta untuk Palestin kepada Aqsa Syarif-MyCARE dan tabung kemanusia...

Rehlah Pemuda Hulu Langat himpun tenaga belia PDF Print E-mail
Friday, 13 January 2012 04:11

HULU LANGAT – Pada Ahad 8 Januari 2012 yang lalu telah diadakan Rehlah Pemuda bagi IKRAM Hulu Langat di Sungai Manggis di sini. Antara objektif rehlah ini adalah untuk menghimpunkan dan meningkatkan ukhuwwah antara pemuda khususnya tenaga belia yang ada di daerah Hulu Langat di samping memperkenalkan IKRAM kepada pasangan-pasangan belia yang bukan ahli IKRAM.

Rehlah ini menyasarkan warga belia yang sudah pun menamatkan pengajian di alam IPT, iaitu mereka yang sudah bekerja dan sedang menyambung ke peringkat Master dan ke atas. Kebanyakan mereka ini tergolong juga daripada keluarga muda yang rata-rata mempunyai anak-anak kecil.

Rehlah ini turut meraikan kehadiran perpindahan ahli baru di kalangan pemuda yang berpindah dari daerah lain ke Hulu Langat dan akan menyumbang tenaga di sini. Kebanyakan mereka mempunyai pelbagai latarbelakang pendidika sama ada yang tamat belajar daripada IPT tempatan, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun atau Timur Tengah.

Kira-kira 50 orang hadir di kalangan belia hadir ditambah pula dengan 30 anak-anak, melibatkan 20 keluarga muda dan 6 orang yang belum berkeluarga di mana kebanyakannya sudah berada dalam tarbiah IKRAM.

Antara tetamu jemputan dalam Rehlah Pemuda adalah Timbalan YDP IKRAM Hulu Langat, Prof Madya Dr Hariffin Busroh bersama-sama dengan isteri yang juga Ketua Wanita IKRAM Hulu Langat, Puan Hamisah Abd Mubin yang memberi kata-kata semangat kepada peserta yang hadir. Hidangan barbeku turut menjadi hidangan istimewa untuk makan tengahari di samping bermandi-manda bersama anak-anak.

Selesai rehlah, pihak penganjur iaitu Pemuda IKRAM Hulu Langat meletakkan harapan bahawa melalui pertemuan ini akan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak lagi pertemuan di medan amal dan membantu daerah dalam melaksanakan proses tarbiah dan dakwah yang telah diatur. Selain itu, melalui pertemuan ini juga pemuda akan mampu mengoptimumkan dan memanfaatkan sumber tenaga pemuda bagi menggerakkan program-program IKRAM di Hulu Langat.

Sumber: http://ikramhululangat.blogspot.com/2012/01/rehlah-pemuda-pembuka-2012.html#more

 
Banner

Ikuti perkembangan terkini
misi bantuan kemanusiaan i-Bantu IKRAM
kepada mangsa-mangsa banjir di sini:

i-Bantu

Banner

Hebahan

SUMBANGAN UNTUK HOUSE4GAZA

SUMBANGAN MUSIM SEJUK SYRIA

CANA WANITA IKRAM:
"ASPIRASI WANITA ISLAM DALAM TRANSFORMASI UMAT WASATIYAH"

Tarikh : 11 Mac 2012( Ahad)
Masa     : 9.00 pagi – 1 petang
Lokasi : Hotel UiTM, Shah Alam.

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax: +603-8945 1772

E-mel: info@ikram.org.my

Banner

Video Pilihan



Get the Flash Player to see this player.

time2online Extensions: Simple Video Flash Player Module
Sesuai dilayari dengan Mozilla Firefox versi 3.0.19 ke atas.