MyGMJ 2013 meriah, sokongan padu pembebasan Jerusalem
SHAH ALAM - Sekitar 3,000 orang memenuhi Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada malam 7 Jun 2013 menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap pembebasan Jer...
Hentikan pembunuhan di Syria, hentikan campurtangan asing - GSS
GABUNGAN SELAMATKAN SYRIA Kenyataan Media 29 Mei 2013 / 19 Rejab 1434H HENTIKAN PEMBUNUHAN DI SYRIA, HENTIKAN CAMPURTANGAN ASING Gabungan Sela...
Hari An-Nakbah ke-65: Perutusan Aqsa Syarif
Dengan Nama ALLAH Maha Pemurah Maha Pengasihani ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. Tarikh 15 Mei adalah sejarah penting bagi seluruh warga duni...
Perutusan IKRAM kepada para pengundi PRU-13
PERUTUSAN IKRAM KEPADA PARA PENGUNDI PRU-13 30 April 2013 bersamaan 19 Jamadil Akhir 1434 H Para pengundi yang budiman!Setelah sekian lama men...
Sambutan hangat STEP 2, Konsert Opick di Mesir
KAHERAH - Dua acara bersejarah mendapat sambutan hangat di Mesir dalam seminggu iaitu program Sliding Through Experience as A Professional (STEP) ke-2 di Dewa...
Sambutan Tahun Baru Cina perkenalkan keterbukaan Islam
KUALA LUMPUR - Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Dewan Kristal, Pusat Konvensyen TM di Bangsar pada Ahad 3 Mac 2013 lalu, memper...
Travelog A2G13-ER: Kesan kemusnahan, semarak perjuangan
Hari kedua, anggota misi dibawa ke kilang roti Aqsa Syarif, tempat-tempat yang musnah dibom Zionis, masjid terbesar di Gaza, sempadan Saa’dah-Israel, rumah ...
Sambutan Tahun Baru Cina dekatkan masyarakat Tionghua dengan Islam
SUBANG JAYA - "Saya sangat gembira pada hari ini. Saya Cina, bukan Islam tetapi saya ingin tahu lebih tentang Islam..." Begitulah antara respon positif mas...
| Mengenang Allahyarham Ustaz Abdul Rahim Lakasauk (1945-2012) |
|
|
|
|
Tweet |
| Isnin, 12 Mac 2012 09:14 |
|
(Dicatatkan oleh Ustaz Shamsul Ma'arif Hj Ismail) Sesetengah daripada pembaca mungkin ada yang masih belum mengenali beliau, namun bagi warga Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MGBSIM) dan Warga Musleh nama beliau sudah lama dikenali sejak bermulanya Sek Ren Islam Al-Amin di Jalan Kent pada 1986. Beliau menamatkan perkhidmatan sebagai Pengetua di SRIAAKL sebaik beliau berumur 55 tahun dan berpindah mengajar sebagai Pengetua di Sek Ren Islam Hira' Shah Alam sehinggalah beliau meninggal dunia pada umur 67 tahun. Menurut anak saudaranya, Nabil, Allahyarham yang berketurunan Melayu Bugis dilahirkan pada tahun 1945 di Batu Pahat. Beliau pernah menuntut di Universiti Al-Azhar dalam Kuliah Syariah, berkahwin dengan Ustazah Faridah (kerakyatan Melayu Singapura) dan dikurniakan 3 orang anak berupa dua puteri dan seorang putera. Anak sulungnya Humaira telah pulang kerahmatullah ketika masih pelajar di sebuah universiti di Terengganu. Anak kedua beliau, Ammar ar-Rasyid kini menuntut di Kuliah Syariah Tahun 4 di Universiti Al-Azhar. Saya mula mengenali Allahyarham pada hari pertama ditemu bual dan menghadapi ujian bagi permohonan menjadi tenaga pengajar di Sek Ren Islam Al-Amin Jalan Gurney pada lewat 1988. Dahulunya sekolah itu di Jalan Kent, tetapi telah berpindah ke Jalan Gurney pada tahun 1988. Di bilik guru itulah kali pertama saya berbicara dengan beliau ketika saya baru berumur 25 tahun dan masih bujang. Di situlah saya diajar mengurus pelajar, mengutip pengalaman mendidik kanak-kanak dan juga hal ehwal kehidupan. Beliau adalah pendidik yang setia. Setiap hari dari siang hingga ke malam beliau menjaga dan memastikan pelajar-pelajarnya pulang ke rumah walaupun waktu sudah hampir Maghrib. Sebagai Penolong Kanan Ko-Kurikulum kami selalu balik lewat. Sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, beliaulah guru yang terakhir di sekolah dan kadangkala menghantar pelajar yang terlepas bas atau yang penjaga mereka menghadapi bermasalah untuk mengambil mereka. Begitulah setianya beliau dalam pendidikan. Banyak wang peribadinya dibelanjakan tanpa tuntutan. Beliau amat rajin membersihkan bilik guru dan melakukan apa sahaja yang boleh memberi kebaikan kepada sekolah tanpa rungutan atau mengharap pujian. Orangnya merendah diri dan tawaduk. Jika berbicara beliau jujur, ikhlas memberi pandangan dengan diselang-seli ucapan yang melucukan walaupun isunya serius buat semua berasa mudah menerima pandangannya. Beliau amat mengambil berat hal kebajikan para guru dan kerap memperjuangkan nasib mereka. Jika saya mengajak beliau meninjau tempat mukhayyam bagi kegiatan luar para syabab sekolah rendah beliau tidak pernah menolak dan kami sentiasa gembira dan ceria menjalankan tugas kami. Kesukaan beliau ialah membeli kitab dan membacanya. Di rumah beliau sahaja terdapat ratusan kitab yang beliau beli di Mesir, kebanyakannya adalah kitab berbahasa Arab meliputi pelbagai dimensi ilmu. Kadang-kadang beliau memberikan tip-tip dari kitab beliau berkaitan kehidupan berumahtangga kerana pada masa itu saya baru bertunang. Beliau tidak segan mengajar saya segala ilmu kerumahtanggaan, walau jarak umur saya dengan beliau agak jauh. Beliau juga sentiasa menjaga kebersihan berpakaian termasuk kasutnya. Beliau sentiasa kelihatan segak kerana menurut beliau seorang da’i itu penting menjaga rupa diri dan penampilan. Beliau memberi contoh kehebatan ulama di Mesir yang sentiasa menjaga keperibadian diri. Dalam hal ini sekali lagi saya banyak belajar daripadanya. Apa yang saya pasti, beliau adalah seorang yang ikhlas dan sentiasa berkorban bagi mendidik generasi baru tanpa letih dan penat. Sudah sekian lama beliau berulang alik dari Taman Keramat ke Syeksen 27 Shah Alam tidak mengira hujan atau panas, pulang lewat malam dan bertolak kembali pada awal pagi hanya semata-mata mahu mendidik anak bangsa dengan tarbiah Islamiah. Inilah contoh keperibadian Muslim yang patut menjadi teladan kita semua. Apa yang saya boleh ungkapkan ialah saya telah kehilangan seorang akh yang saya selalu ingin bertemu dan berbual serta mendapat buah fikiran serta nasihat. Kesedihan diri saya ini masih terasa dan akan terus begini kerana bagi saya, beliau tiada galang gantinya. Saya akan pasti merinduinya buat selama-lamanya. Semoga Allah mengampuni segala dosa Allahyarham Ustaz Abdul Rahim, mengurniakan darjah yang tinggi di sisi-Nya dan memasukkannya ke dalam syurga bersama para syuhada dan solihin. (Jika ada kesilapan fakta, saya memohon kemaafan kerana ia bukan disengajakan.) |
Hebahan
| TABUNG KASIH UMMAH SYRIA |
|
|
| Sumbanglah untuk kebajikan pelarian rakyat Syria menjelang ketibaan musim sejuk. Moga Allah memberkati rezeki anda atas sumbangan ini. Terima kasih. |
| Nama: |
Pertubuhan Ikram Malaysia |
| Bank: | Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) |
| No. Akaun: |
1202-9010-063-512 |
![]() |
|
SKIM INFAQ KOMPLEKS IKRAM Layari http://tinyurl.com/kompleks-ikram untuk borang dalam talian. Terima kasih. |
Tarikh : 11 Mac 2012( Ahad)Masa : 9.00 pagi – 1 petangLokasi : Hotel UiTM, Shah Alam.
الكلام التربوي من نائب المرشد العام للإخوان المسلمين
رياضة إكرام قدح المسيرة في مناسبة ذكرى 63 سنة لنكبة فلسطين
دورة التدريب للدعاة 2010 – 2011
المخيم ترنجانو: تقوية الجسم واستقرارالفكر
(IKRAM) ألإعلانات عن جناح المرأة لا تزال تطوير شبكة الدعوة لجماعة إكرام

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
No. 9, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan MALAYSIA
Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax: +603-8945 1772
E-mel: info@ikram.my
Video Pilihan
Get the Flash Player to see this player.











Allahyarham Ustaz Abdul Rahim Lakasauk telah meninggalkan kita pada hari Sabtu jam 4 petang, 10 Mac 2012 di Wad Warga Tingkat 7, Hospital HUKM akibat serangan kanser sebagai asbab menuju Allah Subhanahu wa Taala. Hilanglah sebutir permata bagi umat ini yang telah sekian banyak memberi bakti dan sumbangan kepada perjuangan pendidikan Islam di Malaysia.







































