Hari An-Nakbah ke-65: Perutusan Aqsa Syarif

Dengan Nama ALLAH Maha Pemurah Maha Pengasihani ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. Tarikh 15 Mei adalah sejarah penting bagi seluruh warga duni...

Perutusan IKRAM kepada para pengundi PRU-13

PERUTUSAN IKRAM KEPADA PARA PENGUNDI PRU-13 30 April 2013 bersamaan 19 Jamadil Akhir 1434 H Para pengundi yang budiman!Setelah sekian lama men...

Sambutan hangat STEP 2, Konsert Opick di Mesir

KAHERAH - Dua acara bersejarah mendapat sambutan hangat di Mesir dalam seminggu iaitu program Sliding Through Experience as A Professional (STEP) ke-2 di Dewa...

Sambutan Tahun Baru Cina perkenalkan keterbukaan Islam

KUALA LUMPUR - Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Dewan Kristal, Pusat Konvensyen TM di Bangsar pada Ahad 3 Mac 2013 lalu, memper...

Travelog A2G13-ER: Kesan kemusnahan, semarak perjuangan

Hari kedua, anggota misi dibawa ke kilang roti Aqsa Syarif, tempat-tempat yang musnah dibom Zionis, masjid terbesar di Gaza, sempadan Saa’dah-Israel, rumah ...

Sambutan Tahun Baru Cina dekatkan masyarakat Tionghua dengan Islam

SUBANG JAYA - "Saya sangat gembira pada hari ini. Saya Cina, bukan Islam tetapi saya ingin tahu lebih tentang Islam..." Begitulah antara respon positif mas...

GEMA tekad jana perubahan positif generasi muda

SHAH ALAM - Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA) yang pertama telah berlangsung dengan jayanya di Universiti Industri ...

Madrasatul Hayah IKRAM sekolah kehidupan bakal du’at

BATANG KALI - Seramai 82 peserta telah berjaya menjadi graduan Madrasatul Hayah IKRAM (MHi) bagi sesi 2012-2013 bermula 16 Disember 2012 hingga 12 Januari 201...

Hidayah Centre Pulau Pinang terima kunjungan pelajar UUM PDF Cetak E-mail Share on MySpace
Rabu, 18 April 2012 08:26

PULAU PINANG - Pada Jumaat 6 April 2012 yang lalu, pihak Hidayah Centre Pulau Pinang (HCPP) telah menerima kunjungan 12 pelajar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang melibatkan tiga orang saudara kita (saudara baru) yang memeluk Islam sejak sebulan lalu.

Kunjungan pelajar UUM anjuran IKRAM IPT Kubang Pasu, Kedah ini disambut dengan program pengisian bersama JK IKRAM Pulau Pinang, Dr Roslan Hashim pada sebelah petang dan kemudian mereka bersiar-siar ke tempat menarik di sana antaranya Muzium Pulau Pinang dan Galeri USM.

Kembali ke Hidayah Centre, majlis kemuncak bermula dengan hidangan makan malam. Setelah itu, Pengerusi HCPP Saudara Yusni Ghazali (gambar utama) menerangkan serba sedikit tentang Hidayah Centre yang disertakan dengan pembentangan slaid dan gambar-gambar program yang lalu.

Seterusnya Saudari Siti Sarah Khoo (gambar atas kiri) dijemput khas untuk berkongsi pengalaman beliau sebelum, semasa dan selepas memeluk Islam. Peluang kepada tiga orang saudara kita (gambar atas tengah) turut diberi secara ringkas berkongsi pengalaman mendapat Hidayah dan bagaimana berdepan dengan cabaran setelah menjadi Muslimah.

Kemudian, semua pelajar diberi nasihat khas dari Saudara Jumaat Yang Jie (gambar atas kanan) yang datang untuk meraikan para pelajar. Antara pesanan beliau setelah berkongsi pengalaman beliau memeluk Islam ialah "Sure there are difficulties, more difficult, more pain, more we get from Allah", menjadi penguat semangat kepada tiga orang saudara kita yang hadir. Saudara Khaw (gambar bawah kiri) pula berkongsi kisah kehidupan sebagai Islam yang menarik perhatian para pelajar UUM ini.

Akhir majlis, ketua rombongan pelajar UUM, Saudara Razman Ramzan (gambar bawah tengah) yang merakamkan penghargaan kepada HCPP di samping menyampaikan cenderahati IKRAM IPT Kubang Pasu kepada pihak HCPP. Penyampaian cenderahati oleh HCPP kepada pelajar UUM menutup majlis pada malam itu. Sejumlah sumbangan turut diberikan kepada HCPP untuk merancakkan lagi program menyantuni saudara kita di Pulau Pinang.

 
Banner
Banner

Hebahan

TABUNG KASIH UMMAH SYRIA

Sumbanglah untuk kebajikan pelarian rakyat Syria menjelang ketibaan musim sejuk. Moga Allah memberkati rezeki anda atas sumbangan ini. Terima kasih.
Nama:
Pertubuhan Ikram Malaysia
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
No. Akaun:
1202-9010-063-512

SKIM INFAQ KOMPLEKS IKRAM

Layari http://tinyurl.com/kompleks-ikram untuk borang dalam talian. Terima kasih.

WACANA WANITA IKRAM:
"ASPIRASI WANITA ISLAM DALAM TRANSFORMASI UMAT WASATIYAH"

Tarikh : 11 Mac 2012( Ahad)
Masa     : 9.00 pagi – 1 petang
Lokasi : Hotel UiTM, Shah Alam.
Banner

Video Pilihan

Get the Flash Player to see this player.

Sesuai dilayari dengan Mozilla Firefox versi 3.0.19 ke atas.