Anda di sini:   Utama Berita Dr Niekmah dua tahun Pengarah PATWA
Dr Niekmah dua tahun Pengarah PATWA PDF Cetak E-mail Share on MySpace
Ahad, 20 Mei 2012 07:01

Dr Niekmah - PATWA 2012

BANDAR SERI PUTRA - Dr Niekmah Adam sudah dua tahun berturut-turut menjadi pengarah Perhimpunan Ahli Teras Wanita (PATWA) Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram). Baginya, strategi paling penting dan terbukti berhasil ialah mengenal pasti kepakaran dan pengalaman setiap akhawat untuk dimanfaatkan menjadi petugas dan penggerak PATWA.

“Saya menggerakkan akhawat Ikram Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor bagi menjayakan PATWA. Kami mengenalpasti “talent” setiap orang untuk kerja seperti ini”, ujar beliau selaku Pengarah PATWA 2012 dan tahun lalu.

Cabaran yang selalu disemat dalam fikiran beliau ialah memastikan perjalanan PATWA 2012 lancar dan menepati standard yang ditetapkan oleh JKP Wanita Pusat Ikram. “Saya bersyukur mendapat dukungan yang padu daripada akhawat dari segi IT, persiapan dewan, logistik, makanan dan berbagai-bagai lagi. Kami mengimpikan kerja tanpa defect”, ujar beliau.

Dr Niekmah yang juga Ketua Wanita Ikram Wilayah Persekutuan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pemimpin dan ahli yang telah membantu menjayakan PATWA.

 
Sesuai dilayari dengan Mozilla Firefox versi 3.0.19 ke atas.