| Misi kemanusiaan A2G4: IKRAM-AQSA2Gaza berjaya – Bahagian 1 |
|
|
|
|
Tweet |
| Isnin, 11 Jun 2012 07:33 |
|
KUALA LUMPUR - Kalendar Mei 2012 menyaksikan satu misi besar Aqsa Syarif telah berjaya disempurnakan untuk menyampaikan bantuan, memantau pelaksanaan projek dan pelancaran projek baru di Gaza dalam misi kemanusiaan A2G4: IKRAM-AQSA2Gaza.
Seramai 6 anggota delegasi IKRAM terlibat iaitu Ust Abd Haris Bain dan isteri Ustazah Rosmawati Abd Wahab (penasihat Kelab IKRAM Mesir), Abdul Rahman Nik Mazian dan Utin Shafira (wakil pelajar Kelab IKRAM Mesir) serta Ust Mohamad Lokman Awang, AJK Perhubungan Antarabangsa IKRAM dan isteri Ummu Ubadah. Sertai konvoi antarabangsa "Saddurihal Ilal Aqsa" di Kaherah
19 Mei 2012 – Beberapa minit anggota misi melangkah untuk mendaftar di Hotel Horizon Pyramid sebagai penginapan sebelum berlepas ke Gaza, setelah setibanya dari Lapangan Terbang Kaherah, mereka terserempak dengan rombongan umrah dari Malaysia. Selepas diberi sedikit maklumat mengenai tentang A2G4 dan Aqsa Syarif serta usaha-usaha membantu rakyat yang ditindas di Gaza, lantas mereka menghulurkan sumbangan untuk Palestin berjumlah hampir RM1,000 (gambar bawah kiri). Semoga mereka beroleh umrah yang mabrur dan diberkati kehidupan.
Konvoi antarabangsa yang sedang berkampung di Kaherah yang disertai misi A2G4 bertuah kerana diziarahi pemimpin Palestin iaitu Dr Mousa Abu Marzuk (gambar atas tengah). Pemimpin tersebut sempat bermesra dengan para peserta konvoi termasuk dari Malaysia. Beliau dihadiahkan mafla Aqsa Syarif yang tertera bendera Malaysia. Dalam majlis pelancaran misi konvoi antarabangsa oleh Dr Mousa pada malamnya, anggota misi diperingatkan bahawa misi murni ini mestilah sentiasa mempunyai niat berpanjangan sebagai mujahadah, jihad dan ibadah kerana Allah SWT dengan matlamat dekat untuk membebaskan Palestin dan Masjid al-Aqsa.
20 Mei 2012 – Selepas solat Subuh, konvoi A2G4 yang bergabung dengan konvoi "Saddurihal Ilal Aqsa" (Perjuangan Menuju Al-Aqsa) menerima taklimat daripada ketua konvoi di dewan hotel. Kemudian, semua peserta konvoi yang terdiri daripada 65 aktivis dari 19 negara-negara Islam benua Afrika, Asia dan Timur Tengah menaiki dua buah bas yang turut membawa barangan bantuan. Perjalanan dari Kaherah ke pintu Rafah sejauh 400 km mengambil masa hampir 12 jam melepasi sekitar 13 pos sekatan tentera Mesir.
Sebaik melintasi gerbang Palestin dan menuruni kenderaan, para pemimpin kerajaan Palestin dan pemimpin-pemimpin NGO sudah sedia menunggu peserta konvoi dan mereka bersalaman dan berpelukan tanda gembira sebagai tanda persaudaraan yang diikat suci. Dengan tiga buah bas khas yang sedia menuggu, anggota konvoi dibawa menuju ke Gaza City yang terletak 40 km dari sempadan Rafah. Projek antarabangsa di Gaza: Wakaf Untuk Jerusalem
21 Mei 2012 – Konvoi di Gaza diberikan penerangan mengenai projek pembinaan kompleks pelbagai guna yang dinamakan ‘Wakaf Untuk Jerusalem’. Mereka turut melawat tapak cadangan projek dan menyaksikan pelancaran serta penandatangani projek yang julung kali akan dibangunkan di Gaza. Wakil setiap negara yang menyertai projek ini akan diberikan sasaran sumbangan pertubuhan masing-masing dan ia adalah juga satu simbol kerjasama dan penggemblengan usaha seluruh umat di dunia merentasi sempadan negara.
Misi A2G4 IKRAM - Aqsa Syarif turut menyalurkan pendahuluan kepada projek ini dengan menyumbang sejumlah RM105,000 (USD35,000) untuk projek tersebut melalui PM Palestin, Ismail Haniyyah. Wakil setiap negara juga menghulurkan sumbangan masing-masing sebagai komitmen kepada perjuangan ummah untuk membebaskan Al-Aqsa. IKRAM dan Aqsa Syarif akan terus mengajak rakyat Malaysia menjana sumbangan untuk projek tersebut. Malaysian-Palestinian Industrial Village : MoU & Perletakan Batu Asas 22 Mei 2012 – Menandakan satu lagi detik bersejarah bagi kerjasama rakyat Malaysia terhadap pembangunan semula Palestin, khususnya Gaza selepas serangan 2008-2009 oleh rejim Zionis terhadap semenanjung Gaza. Selepas serangan tersebut, lebih 3,900 kilang dan industri kecil di Gaza musnah dan sekali gus pengeluaran produk keperluan tempatan terbantut dan puluhan ribu rakyat kehilangan pekerjaan. Gaza kini sedang di dalam proses di bangunkan semula dan bantuan luar sangat-sangat diperlukan. Aqsa Syarif yang telah sekian lama melibatkan diri di dalam usaha-usaha bantuan kemanusiaan dan kewangan bagi empat sektor penting iaitu makanan, perubatan, pendidikan dan sosio-ekonomi, terus melipatgandakan usaha bagi memstikan pembangunan semula dan hak rakyat Palestin terbela.
BoT Aqsa Syarif pada 28 April lalu telah memutuskan dan meluluskan satu projek bernilai RM3.5 juta iaitu bergelar Malaysian-Palestinian Industrial Village (MyPIV). Projek pembinaan beberapa buah kilang bersaiz sederhana ini akan menempatkan beberapa jenis industri yang sangat-sangat diperlukan di Gaza. Di antaranya ialah kilang pembuatan perabut, besi dan kimpalan, aluminium, pakain dan lain-lain. Selain bertujuan menghasilkan produk untuk keperluan Gaza disebabkan sukarnya Gaza yang masih dikepung untuk mengimport barangan keperluan, projek ini juga akan mampu menawarkan pekerjaan. Suatu yang unik juga, pusat ini akan dijadikan pusat latihan kepada belia-belia lepasan sekolah untuk mendapatkan peluang latihan kemahiran dan peningkatan keupayaan.
"Aqsa Syarif berterima kasih kepada ISJ khususnya di atas kejayaan dan kecemerlangan beberapa projek sebelum ini dan peluang menyalurkan sumbangan ini adalah tanda kerjasama erat rakyat Malaysia terhadap perjuangan di Palestin. Ini juga adalah peluang amal, ibadah dan infaq yang istimewa yang diberikan dan dibuka kepada rakyat Malaysia", ujarnya. Aqsa Syarif telah menyalurkan sejumlah RM100,000,00 sebagai permulaan projek MyPIV dan berhasrat untuk menjana dana dari pelbagai persatuan dan ahli-ahli korporat di Malaysia untuk membantu menjayakan projek yang unggul di Gaza ini. Turut hadir di majlis tersebut ialah Datuk Bandar Jabaliya, Essam Joudah; Alhi Parlimen Jabaliya, Sheikh Muhammad Shihab; Pengerusi ISJ dan pemimpin-pemimpin tempatan. Dr Tahir Abdul Rahman (Setiausaha Aqsa Syarif) menandatangani dokumen bagi pihak Aqsa Syarif dan rakyat Malaysia, manakala Abdul Rahim Shehab bagi pihak ISJ dan rakyat Gaza, Palestin. Para hadirin kemudiannya dibawa ke penjuru tapak cadangan projek bagi perletakan batu asas dan membuka tirai papan tanda projek kerjasama MyPIV tersebut. Selepas majlis perletakan batu asas projek, Ustaz Lokman memimpin doa memohon keberkatan dalam menjayakan projek tersebut. Sekolah Bantuan AQSA-Mawaddah di Beithlahya Sudah Dicat Semula |










A2G4 adalah misi kemanusiaan dengan kerjasama IKRAM dan Aqsa Syarif ke Gaza pada 17-26 Mei 2012. Aqsa Syarif diwakili oleh dua Ahli Lembaga Pemegang Amanah (BoT) iaitu Dr Mohd Zin Kandar dan Dr Tahir Abd Rahman.



Menyedari ramainya tenaga-tenaga mahir dan separa-mahir yang menganggur disebabkan sekatan dan kepungan terhadap Gaza semenjak 2006, Aqsa Syarif melangkah setapak lagi setelah berjaya dengan cemerlang di dalam pembangunan kilang roti di pinggir Gaza City.


Dalam perjalanan misi A2G4 melepasi pintu Rafah untuk ke Gaza City, sudah kelihatan tanah-tanah pertanian ditanam dengan pokok-pokok sayur atau buah-buahan. Kami lihat juga di tepi-tepi jalan sudah ada orang yag menjual tembikai dan oren. Kelihatan juga beberapa lorong di beberapa pekan di Gaza, hasil-hasil pertanian mula dijual kepada orang ramai.

