| Rayuan Ramadhan Ikram 1433H sasar sumbangan RM1 juta |
|
|
|
|
Tweet |
| Jumaat, 29 Jun 2012 08:05 |
|
Ramadhan al-Mubarak 1433H bakal menjelma tidak lama lagi. Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat diberkati; pintu neraka ditutup, pintu pengampunan terbuka, pahala setiap amal ibadah digandakan 70 kali dan mereka yang memberi makan berbuka puasa, diberikan pahala puasa orang yang diberi makan.
Bagi merebut amal pahala sedekah dan memberi makan umat Islam berbuka puasa di tempat yang memerlukan, Rayuan Ramadhan Ikram 1433H tampil bagi mengumpul sumbangan untuk mengadakan iftar, sedekah dan fidyah di 14 negara umat Islam yang memerlukan iaitu Sudan, Palestin, Iraq, Pakistan, Afghanistan, Sri Lanka, Bangladesh, Myanmar, Kemboja, Vietnam, Indonesia, Mindanao, Selatan Thailand dan termasuklah beberapa tempat di Malaysia.
Program ini telah dilaksanakan sejak tahun 1999/1420H. Pada tahun lepas (1432H), pihak Rayuan Ramadhan Ikram telah berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM500,000 dan diagihkan kepada 100,000 orang penerima. Pada tahun ini, program Rayuan Ramadhan 1433H dengan jawatankuasa dan gerak kerja yang baru telah mensasarkan sumbangan yang lebih tinggi sebanyak RM1 juta iaitu 200,000 orang penerima. Program ini diadakan bagi menzahirkan rasa mahabbah dan keprihatinan kita kepada umat Islam yang benar-benar memerlukan dan membina jaringan kerjasama antara Ikram dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) sama ada dalam dan luar negara. Ikram yang kini mempunyai 69 cawangan seluruh negara, berusaha untuk menjadi pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan, yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ikram turut bekerjasama dengan Aqsa Syarif untuk menyalurkan sumbangan Ramadhan khusus untuk rakyat Palestin. Bagi mereka yang berminat untuk menyumbang dalam Rayuan Ramadhan Ikram, bolehlah memasukkan sumbangan tersebut ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad 1211-30100-40182 atas nama Pertubuhan IKRAM Malaysia. Perpindahan sumbangan secara online juga diterima. Sebarang sumbangan hendaklah dimaklumkan secara email ke This e-mail Alamat is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau poskan maklumat pembayaran kepada pihak Sekretariat sumbangan, dalam borang yang disediakan (gambar kanan). Penyumbang boleh memberi atau menaja sumbangan kewangan dalam bentuk tajaan iftar (berbuka puasa) Ramadhan, sedekah untuk fakir miskin dan zakat atau fidyah. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.ramadhan-qurban.org dan Facebook Rayuan Ramadhan Ikram. Tarikh tutup bagi sumbangan Ramadhan adalah pada 20 Ramadhan 1433H atau 9 Ogos 2012. Pihak Sekretariat Rayuan Ramadhan Ikram mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pihak atau individu yang menyumbang dalam program ini dan mendoakan semoga Allah memurahkan dan melipatgandakan rezeki para penyumbang hasil keberkatan sumbangan kepada umat Islam lain yang memerlukan pada tahun ini. |











