| Presiden lancar Tabung Kebajikan Warga Institusi Pendidikan IKRAM |
|
|
|
|
Tweet |
| Isnin, 02 Julai 2012 05:07 |
|
SERI KEMBANGAN – Presiden IKRAM, Ust Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad telah melancarkan Tabung Kebajikan Warga Institusi Pendidikan IKRAM pada Sabtu lepas, yang diwujudkan khusus untuk menjaga kebajikan pekerja sepenuh masa IKRAM dalam institusi pendidikan di bawahnya. Pelancaran dibuat ketika Muzakarah Pembangunan Ekonomi anjuran Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi IKRAM (JKPE) di Dewan Seminar IKRAM Pusat.
Jusni Yusoff, Ahli JKPE IKRAM Pusat (gambar kanan) ketika memberi penerangan tentang tabung ini berkata, inisiatif ini dicetuskan sewaktu perbincangan antara Jawatankuasa Pendidikan dan Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi tentang usaha menjaga kebajikan para guru di bawah IKRAM - MUSLEH. “Melalui tabung ini, warga institusi pendidikan IKRAM boleh membuat pinjaman secara qardhul hasan untuk meringankan beban kewangan”, tambahnya lagi. Ahli IKRAM yang ingin turut sama menyumbang ke dalam tabung ini, boleh menghubungi KIMB di talian 03-41086339. |










