Free Joomla Templates | Free Joomla Extention | Free Joomla Modules | Free Joomla Component Free Joomla Templates Free Joomla Extention | Free Joomla Modules | Free Joomla Component
Make Money Fast for Kids | Make Money Fast Kids | How to Make Money Fast for Kids Make Money Fast for Kids Make Money Fast for Kids | Make Money Fast Kids | How to Make Money Fast for Kids
Anda di sini:   Utama Berita Wardina, Dr Zaharah kongsi tip Muslimah ‘osem’
Wardina, Dr Zaharah kongsi tip Muslimah ‘osem’ PDF Print E-mail
Friday, 07 June 2013 09:20

MELBOURNE - Telah berlangsung satu program sembang santai menampilkan Puan Wardina Safiyyah Fadlullah dan Dr Zaharah Sulaiman yang membicarakan tajuk Muslimah Osem pada Selasa 21 Mei 2013 di Multicultural Hub Melbourne.

Program anjuran oleh Persatuan Islam Lepasan IPT Australasia (AUSIS) ini telah dihadiri oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar Malaysia di Melbourne di mana hampir separuh daripada peserta adalah pelajar-pelajar baru.

Program dua jam ini yang dipengerusikan oleh Nik Atikah Nik Mustaffa, banyak membantu mereka dan juga pelajar yang lain melihat Islam itu indah dan terbaik.

Antara isi perkongsian yang disampaikan oleh panelis untuk menjadi muslimah ‘osem’ ialah:


1. Muslimah yang ‘osem’ mesti berpegang kuat dengan (ajaran) al-Quran; bukan hanya di tangan, tapi teguh di dalam dada dan dilaksanakan dengan amal yang sebenar. Membaca al-Quran mesti ada rasa ‘best’ sebab nak tahu dan nak amalkan (isi al-Quran). Membaca al-Quran bukan satu rutin. Ia sesuatu yang mencerahkan.

“(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.” (3:138)


2. Untuk  menjadi ‘osem’ dalam kehidupan, tidak cukup biasa-biasa ala kadar sahaja. Muslimah mesti lakukan bersungguh-sungguh sebab Allah suka mereka yang berusaha dengan cara yang terbaik dan ikhlas untuk mendapat keredhaan-Nya.


3. Muslimah yang ‘osem’ perlu melibatkan diri dan mencari teman dan kumpulan yang akan membantu mengingatkan diri kita sentiasa kepada siapa kita dan apa matlamat hidup kita yang sebenar. Mesti ada tanggungjawab yang lebih besar daripada hanya menonton filem, melayari internet.. (fikirkan)


4. Muslimah ‘osem’ mesti rasa izzah (mulia) dengan Islamnya, sujud rendah ke bumi hanya untuk merasakan kebesaran Allah merasa rendahnya diri sebagai hamba-Nya. Apa sahaja yang kita ada walau nampak hebat pada pandangan manusia, tapi semua itu dari-Nya jua, pinjaman semata-mata. Allah ghoyatuna (matlamat kami), dalam apa jua keadaan... Yakin hanya kepada Allah!

“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.” (3:160)


Kesimpulan penting yang ingin disampaikan ialah pembentukan individu Muslim yang ‘osem’ itu bermula dengan meneguhkan keimanan kepada Allah dan melaksanakan syariat atas dasar kefahaman dengan penuh kesungguhan.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar Malaysia di Melbourne untuk menjadi Muslimah yang ‘osem’, insya-Allah.

*Foto utama dari kanan: Dr Zaharah, Nik Atikah dan Wardina

 
Sesuai dilayari dengan Mozilla Firefox versi 3.0.19 ke atas.