|
Rabu, 23 Mac 2011 10:03 |
|
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) The IKRAM Organisation of Malaysia
22nd March 2011
SYMPATHY FOR THE PEOPLE AND GOVERNMENT OF JAPAN
The 8.9 magnitude earthquake-spawned tsunami that inundated the coasts of Japan on 12th March 2011 has caused grief not only to her people but also to the rest of the world. So far, the confirmed death toll has reached more than 22,000 whilst 20,000 people are still missing or unaccounted for.
In the wake of this double tragedy, two out of six nuclear reactors at the Fukushima Daiichi nuclear plant exploded, spreading fear that the spread of radioactive materials beyond the borders of Japan would be a threat to health in the neighbouring countries of the Asia Pacific region.
|
|
Lagi...
|
|
Selasa, 08 Mac 2011 15:23 |
|
KENYATAAN MEDIA WANITA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA Sempena Hari Wanita Sedunia 2011
8 Mac 2011 bersamaan 3 Rabiulakhir 1432H
Tema: ‘Equal access to education, training and science and technology: Pathway to decent work for women’ (Peluang yang sama rata untuk mendapatkan pendidikan, latihan, sains dan teknologi: Jalan untuk meraih kerjaya yang baik kepada wanita).
LATAR BELAKANG
1.0 Saban tahun Hari Wanita Sedunia disambut pada tanggal 8 Mac di serata dunia bagi memberikan pengiktirafan kepada sumbangan besar yang dimainkan oleh kaum wanita dalam pembangunan masyarakat dan negara. Sambutan ini juga adalah bagi memperingati perjuangan wanita dalam menuntut hak-hak mereka. Bagi wanita Islam perjuangan memartabatkan kedudukan wanita telah bermula sejak 1432 tahun dahulu dengan turunnya risalah Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Risalah yang dibawa oleh Rasulallah SAW telah pun meletakkan kedudukan wanita pada tahap yang tinggi dan kaum lelaki menjadi pelindung kepada wanita. Kedudukan ini akan hanya dapat dikembalikan apabila syariah Islam itu dilaksanakan sepenuhnya dan manusia menjalani kehidupan mengikut apa yang telah disusun oleh Allah SWT.
|
|
Lagi...
|
|
|
Isnin, 14 Februari 2011 06:22 |
|
Kenyataan Media Jawatankuasa Pemuda IKRAM
14 Februari 2011 bersamaan 11 Rabiulawal 1432H
KATAKAN 'TIDAK' KEPADA HARI VALENTINE, KATAKAN 'YA' KEPADA MAULIDUR RASUL
Saban tahun, 14 Februari merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih. Malahan seminggu sebelum tarikh tersebut, ia hangat diwara-warakan di media massa mahupun di laman sosial. Saban tahun juga, kita menyaksikan ramai belia dan remaja ternoda. Laporan Polis Diraja Malaysia yang dikongsikan di dada akhbar bertarikh 10 Februari 2011 (Sinar Harian, hlm N15) menunjukkan sebanyak 517 kes pembuangan bayi yang dilaporkan dari 2005 sehingga Januari lalu. Manakala dalam tempoh Januari sahaja, sebanyak 19 kes pembuangan bayi telah dilaporkan. Data ini amat membimbangkan. Pergaulan bebas tanpa kawalan antara puncanya. Pengurusan institusi Raudhatus Sakinah mendapati bahawa punca fenomena tersebut adalah hasil daripada kemaksiatan dan penzinaan yang berlaku bersempena dengan sambutan Hari Valentine dan juga sambutan Hari Kemerdekaan.
|
|
Lagi...
|
|
Jumaat, 08 Oktober 2010 09:30 |
Kenyataan Media Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
7 Oktober 2010 / 28 Syawal 1431H
GEJALA ZINA DAN PENDIDIKAN SEKSUALITI
1.0 Pertubuhan Wanita IKRAM Malaysia memandang serius ke atas pergaulan bebas dan gejala zina yang begitu membarah di kalangan masyarakat kebelakangan ini mengakibatkan meningkatnya kes-kes pembuangan bayi yang tidak berdosa. Perbincangan yang di paparkan di dada-dada akhbar pula tidak menampakan langkah penyelesaian yang menjurus kepada penyelesaian masalah ini ke peringkat akar umbi.
|
|
Lagi...
|
|
|
|
|
<< Mula < Sebelumnya 1 2 3 4 5 6 7 8 Seterusnya > Akhir >>
|
|
Mukasurat 7 dpd 8 |