wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 10 رمضان 1442   |   Wednesday 21 April 2021
Wednesday, 06 March 2013 18:50

Mudah-mudahan isu Lahad Datu buka jalan kebaikan

Rate this item
(0 votes)

1.    Isu yang berlaku di Lahad Datu adalah isu pencerobohan oleh satu kumpulan orang Sulu yang didorong oleh Kiram III yang mendakwa dia daripada keturunan kesultanan Sulu.

2.    Pencerobohan bertujuan untuk mendapatkan sebahagian daripada hak mereka terhadap Sabah, begitu juga pampasan yang lebih tinggi yang dibayar oleh kerajaan Malaysia kepada keluarga mereka.

3.    Jadi, isu ini secara umumnya adalah isu pencerobohan daripada orang Sulu yang beragama Islam terhadap kedaulatan negara Malaysia.

4.    Sepatutnya isu ini diselesaikan menerusi rundingan antara kedua-dua pihak. Kumpulan ini perlu difahamkan bahawa dunia telah berubah dan kewujudan Sultan Sulu sudah berakhir.

5.    Mereka boleh berunding tentang peningkatan bayaran pampasan tersebut, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Sebahagian daripada mereka telah mengambil tindakan keras dengan melancarkan serangan terhadap pihak keselamatan Malaysia.

6.    Kesannya, pihak keselamatan Malaysia sama ada tentera atau polis tidak memiliki pilihan melainkan melancarkan serangan balas terhadap kumpulan tersebut.

7.    Kita dapat melihat kesan buruk daripada pertempuran yang berlaku antara kedua-dua pihak yang telah mengorbankan sebahagian besar daripada kumpulan penceroboh Sulu ini dan beberapa orang daripada pasukan keselamatan Malaysia.

8.    Perkara ini nampaknya belum berakhir lagi lantaran tidak semua mereka ini yang dapat ditewaskan, sama ada dibunuh atau ditangkap.

9.    Pihak berkuasa Malaysia sudah pasti akan meneruskan langkah-langkah untuk memulihkan keselamatan di sana, menerusi penangkapan saki-baki mereka ini, atau pun menerusi pembunuhan mereka.

10.    Kita berharap situasi keselamatan di sana dapat dipulihkan dengan segera dan sekiranya saki-baki mereka ini (penceroboh Sulu) dapat diberkas, mereka akan dibawa ke muka pengadilan. Itu harapan kita.

11.    Mereka ini juga perlu diberikan layanan walaupun kemungkinan besar sebahagian daripada mereka telah terpedaya dengan dakwaan daripada keluarga Kiram yang mendakwa mereka adalah sebahagian daripada keturunan Sultan Sulu yang lalu.

12.    Kita berharap tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia terhadap pencerobohan orang-orang Sulu ini tidak akan memburukkan perhubungan antara dua negara, iaitu antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Filipina kerana ia satu perkara yang telah berlaku di luar dugaan.

13.    Kita juga berharap ia tidak akan menggagalkan usaha-usaha perdamaian di selatan Filipina yang telah diusahakan oleh kerajaan Malaysia sebagai orang tengah bagi mewujudkan perdamaian antara Bangsamoro dengan kerajaan Filipina.

14.    Bangsamoro sebagai sebahagian daripada umat Islam di Filipina berhak terhadap bumi mereka dan kekayaan di daerah tersebut. Jadi, kita berharap usaha-usaha antara kedua-dua kerajaan ini bagi mewujudkan perdamaian untuk Bangsamoro akan tercapai.

15.    IKRAM sebagai sebuah pertubuhan (NGO) umat Islam mendukung usaha-usaha damai antara kerajaan Filipina dengan Bangsamoro di selatan Filipina. Kita berhadap ia akan mewujudkan satu situasi yang terbaik untuk memajukan semula Bangsamoro yang sudah jauh ketinggalan, begitu juga memperluas aktiviti-aktiviti dakwah dalam kalangan rakyat Filipina.

16.    Jika perkembangan ini berlaku, IKRAM boleh memainkan peranan untuk membangunkan kembali Bangsamoro sebagai umat Islam di selatan Filipina dalam berbagai-bagai sudut kehidupan mereka, juga memperluas dakwah dalam kalangan masyarakat Filipina.

17.    Kita melihat peristiwa ini dalam bentuk yang telah berlaku. Yang penting, peristiwa ini dapat ditamatkan dengan segera. Tidak timbul kepada kita sama ada ia satu sandiwara yang diwujudkan oleh pihak kerajaan terutamanya dengan tuduhan untuk menangguhkan pilihan raya (PRU Malaysia ke-13) yang sepatutnya berlaku pada tempoh yang dekat ini.

18.    Kalau kekacauan ini terus berlangsung, ia boleh membuka satu kesempatan dan ruang bagi kerajaan untuk mengisytiharkan darurat dan menangguhkan pilihan raya yang dilaksanakan di Sabah.

19.    IKRAM menyeru semua rakyat Malaysia agar bersama-sama mendorong pemerintah di negara ini untuk bertindak dengan penuh kebijaksanaan dalam menangani isu ini, iaitu pencerobohan orang-orang Sulu terhadap kawasan Timur Sabah (kawasan Lahad Datu).

20.    IKRAM juga mengharapkan peristiwa ini tidak akan memakan angka korban yang banyak. Mudah-mudahan ia akan membuka jalan untuk menyelesaikan sebahagian daripada perkara-perkara yang dipertikaikan antara kerajaan Malaysia dengan kumpulan ini untuk kebaikan umat Islam seluruhnya pada masa hadapan.


Read 1936 times Last modified on Wednesday, 06 March 2013 19:34

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd