wrapper

Berita Terkini

السبت 26 ذو الحجّة 1441   |   Saturday 15 August 2020
Wednesday, 08 July 2020 17:33

Wajarkah Speaker ditukar?

Written by Atriza & Mohammad Hafizuddin
Rate this item
(1 Vote)


SERI KEMBANGAN - Tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membawa usul untuk menamatkan khidmat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato' Mohamad Ariff Bin Md Yusof dan Timbalannya, Nga Kor Ming mengundang reaksi bercampur-campur.

Usul ini telah mendapat bantahan Majlis Setiausaha Pakatan Harapan dan beberapa NGO.

 

Menurut PH, Tan Sri Yang di-Pertua telah bersara daripada politik kepartian sejurus memegang jawatan pasca PRU14 dan telah memainkan peranan yang amat mustahak dalam merakyatkan Parlimen di samping memulihkan kepercayaan umum terhadap institusi terpenting demokrasi di Malaysia.

 

“Dari pembentukan Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang baharu, mewujudkan Kumpulan Rentas Parti (All-Party Parliamentary Group) yang merapatkan hubungan di antara Ahli-Ahli Parlimen dan masyarakat sivil serta pelbagai penambahbaikan perjalanan sidang Parlimen yang lain.”

 

Melalui usaha-usaha tersebut, mereka percaya Tan Sri Yang di-Pertua telah membuktikan bahawa usaha reformasi institusi yang bermula pasca PRU14 telah mula membuahkan hasil dan wajib diteruskan.

 

Bagi pensyarah undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, usul untuk menamatkan khidmat Speaker dan Timbalannya tidak bertentangan dengan perlembagaan.

 

Begitu juga pensyarah kanan, Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Faridah Jalil mengakui usul berkenaan sejajar dengan perlembagaan kerana perdana menteri juga seorang ahli parlimen yang berhak mengemukakan usul di Dewan Rakyat.

 

Menerusi portal rasmi Parlimen Malaysia menyatakan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dipilih dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat yang mempunyai kelayakan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

 

Secara amnya, terdapat tiga fungsi Yang di-Pertua Dewan Rakyat iaitu:

1. Bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan lancar.

2. Memastikan perbahasan mematuhi Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

3. Membuat keputusan dan tafsiran mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku pertikaian.

 

Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh melepaskan jawatannya dan hendaklah mengosongkan jawatan tersebut sekiranya:

1. Dewan Rakyat mula bersidang selepas pilihan raya umum, berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat jika beliau ahli Dewan yang dipilih.

2. Jika pada bila-bila masa Dewan Rakyat membuat ketetapan untuk Yang di-Pertua mengosongkan jawatan tersebut.

 

Oleh itu, pengosongan jawatan Speaker dan Timbalan Speaker pada bila-bila masa Dewan Rakyat membuat ketetapan ini selari dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 57 (2)(c) dan 57 (2a)(b).

 

Bertugas sejak 16 Julai 2018, Tan Sri Ariff mengesahkan telah menerima usul mencadangkan supaya khidmat beliau sebagai Speaker dan Nga Kor Ming sebagai Timbalan Speaker ditamatkan.

 

Menurut beliau, kedua-dua usul itu diterima mengikut amalan biasa dan selari dengan Peraturan Majlis Mesyuarat serta tanpa berat sebelah.

 

“Terpulanglah kepada Dewan untuk memutuskannya mengikut lunas-lunas perlembagaan. Saya tiada masalah secara peribadi selagi proses demokrasi dan Perlembagaan dipatuhi,” jelas beliau.

 

Respons beliau amat ringkas dan padat, namun ia sudah cukup menjawab pelbagai persoalan tentang usul pengosongan jawatan tersebut walau apa pun sebabnya.

 

Melihat pelbagai usaha yang dilakukan untuk reformasi parlimen, Speaker dan timbalannya wajar dikekalkan. Namun, ia bergantung pada sesi pembukaan persidangan parlimen pada 13 Julai nanti.

 

Apa jua keputusannya nanti, usaha-usaha penambahbaikan dan reformasi perjalanan parlimen wajar diteruskan walaupun bertukar Yang di-Pertuanya.

 

Sumber: Malaysiakini | Parlimen Malaysia | Perlembagaan Persekutuan

Read 231 times Last modified on Tuesday, 14 July 2020 11:03

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd