wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 10 رمضان 1442   |   Wednesday 21 April 2021
Sunday, 01 November 2020 09:50

Menghindari toksik fikiran

Written by Burhan Sodiq
Rate this item
(1 Vote)


Orang yang produktif dengan amal soleh tidak memerlukan hal yang tidak berguna buat akhiratnya. Mereka akan selalu fokus pada perhatian akan nasibnya kelak di akhirat, tidak suka dengan hal-hal yang negatif dan sangat bersemangat dengan perkara yang baru dan menarik.

Era sekarang banyak sekali orang menawarkan ketidakmanfaatan, sibuk dengan sesuatu yang tidak manfaat buat hidupnya. Dia dijadikan sibuk dengan sesuatu yang mensia-siakan waktu. Hidupnya yang sangat berharga jadi percuma kerana dia suka sekali dengan racun-racun fikiran yang dia ciptakan sendiri.

 

Racun fikiran inilah yang membuat seorang Muslim tidak mampu melakukan perkara terbaik dalam hidupnya. Dia melihat kepada satu titik dan tidak beranjak kepada tahap selanjutnya, penuh dengan intrik (tipu daya) dan tidak melangkah lebih maju lagi, penuh kebencian, dendam dan konflik peribadi.

 

Kenapa boleh terjadi seperti ini? Apa yang sedang terjadi?

 

Pertama: Terlalu ingin sempurna

 

Sebagaimana sempurna untuk berkarya tentu tidak ada masalah, malah perlu sempurna jika hubungannya berkaitan dengan urusan pekerjaan. Sewajarnya tidak ada yang salah, harus tampil nombor satu, tidak boleh banyak salahnya dan minimumkan kesalahan yang ada.

 

Namun, jangan sampai mahu sempurna dalam kehidupan, kerana kehidupan tidak akan sempurna. Orang di sekitar kita tidak boleh dituntut sempurna. Mengejar keinginan tidak apa-apa. Tetapi jika mengejar orang lain untuk menjadi sempurna seperti yang kita inginkan, inilah yang sangat susah.

 

Fikiran seperti ini akan menjadi racun. Sebab kita menetapkan tahap kepada orang lain sesuai dengan tahap yang kita inginkan. Padahal bagi orang lain itu sangat tidak mungkin untuk dicapai kerana setiap manusia diciptakan Allah SWT dengan segala keunikan yang berbeza-beza.

 

Kedua: Jangan suka campuri urusan orang lain

 

Kebanyakan hobi orang sekarang ialah ikut campur urusan orang lain, menjadi hakim dan sering menilai seseorang dengan berlebihan padahal dia sendiri tidak tahu apa-apa pun mengenai sesuatu itu. Ia lebih rajin memberi komentar apa-apa yang di luar kehidupannya namun tidak pernah melihat hidupnya sendiri seperti apa.

 

Manusia seperti ini banyak jumlahnya. Maka jangan sampai kita menjadi sebahagian daripada mereka itu. Berusahalah untuk membatasi diri kita dengan urusan kita terlebih dahulu, kerana sudah tentunya urusan kita sangat banyak.

 

Maka jangan ditambah-tambah lagi dengan perkara yang menyukarkan diri sendiri dengan perkara yang rumit, kerana hidup itu sangat sederhana, tidak perlu banyak dicipta ‘lakonan-lakonan’ baru.

 

Terkadang kita merasa mampu mengatasinya padahal kita tidak berkeupayaan sama sekali, merasa boleh mendapatkan solusi padahal tidak mampu. Jangan masuk ke dalam kehidupan orang lain kecuali diminta masuk ke dalamnya. Jangan ikut campur urusan orang lain kecuali orang itu minta untuk mendapatkan solusi daripada kita.

 

Tahanlah mulut untuk berkomentar kerana sering sangat kita memberikan komentar sesuatu perkara yang dilihat pada satu sisi saja, tidak melihatnya secara penuh dan keseluruhannya apa yang terjadi.

 

Ketiga: Berhenti mengecilkan diri sendiri

 

Racun fikiran lainnya adalah suka menganggap diri tidak mampu atau dengan kata lain memperkecilkan diri sendiri.

 

Dia tidak mengembangkan kemampuan-kemampuan yang sedia ada dan tidak merasa beruntung ketika mendapatkan peluang dan memandang diri selalu kecil dan cenderung kurang.

 

Kenapa perlu merendah diri tidak pada tempatnya, sedangkan Allah SWT sudah memberikan banyak kebaikan dan tugas kita ialah untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin?

 

Kembangkan apa yang Allah SWT telah berikan kepada kita. Pelajari perkara-perkara baru yang boleh menambah kemahiran kita, tidak melihat diri dengan pandangan yang serba tidak mampu.

 

Bukan, kita adalah susuk pembelajar yang baik, mampu mengembangkan sisi-sisi positif yang ada, boleh mengadaptasi dengan cepat dan mampu menjadi sosok yang mudah belajar.

 

Kalau ada hal baru jangan biasa mengatakan, saya tidak boleh, tetapi sampaikan pada diri sendiri, “Saya boleh jika saya berusaha”, “Saya mampu jika saya belajar untuk melakukannya” atau “Saya tentu boleh jika saya selalu cuba mendidik diri untuk boleh.” Namun, sekiranya kita sering mengatakan tidak boleh, lalu sampai bilakah kita akan boleh melakukannya?

 

Keempat: Berhenti mengeluh dan menyalahkan

 

Racun fikiran berikutnya adalah suka mengeluh dan menyalahkan orang lain atas apa yang menimpa kita. Sebagai contoh, perniagaan kita gagal, lalu kita kata, “Ah ini salah dia” atau “Kerana dia begini dan begitu.” Keputusan ujian kita mendapat nilai yang teruk, lalu kita kata “Ini salah cikgu tu la. Dia tidak mengajar dengan baik.”

 

Sering mengeluh. Panas mengeluh. “Kenapalah panas sekali hari ini.” Lalu ketika Allah SWT mendatangkan mendung juga kita mengeluh, “Ala, kenapa mendung pula ni. Habislah kain di jemuran tak kering.” Dan ketika Allah menghadirkan hujan mengeluh lagi, “Aduhai, hujan la pula. Macam mana aku nak pergi ni?”

 

Dalam apa situasi selalu mengeluh. Tidak ada makanan, apabila ada makan sama sekali tidak disyukuri. Malah mengumpat-umpat tidak jelas. “Makanan ni tak sedaplah. Sayur je semuanya, mana dagingnya?” Apabila dihidangkan daging mengeluh juga, “Kenapa daging je semua, tak ada sayurnya?”

 

Hakikatnya, mengeluh tidak akan menyelesaikan masalah. Sewajarnya kita banyak belajar makna syukur agar hidup dilimpahi berkat. Kalau selalu mengeluh, bagaimana akan bahagia? Jadi bilakah kita akan bahagia?

 

Kelima: Berhenti membuat orang lain terasa

 

Hidup kita ini sederhana. Orang suka, ya silakan berteman. Orang tidak suka, ya tidak usah berteman. Hiduplah sesederhana itu, tidak perlu dirumitkan. Kita tidak mungkin mampu membuat senang semua orang. Jadi berhentilah untuk membuat semua orang terasa.

 

Padahal kita inginkan bahagia, tetapi berisiko depresi kerana ingin semua orang suka sama kita. Tidak boleh demikian. Tentu ada banyak yang tetap tidak suka kepada kita.

 

Tidak perlu menjelaskan diri kita kepada orang yang tidak suka kepada kita kerana ia tetap akan tidak suka dengan kita. Mahu kebaikan setinggi gunung, itu tidak akan terlihat kerana yang terlihat adalah sebaliknya iaitu keburukan yang menjadi bahan bakar kebenciannya.

 

Keenam: Jika berbuat salah, perbaiki

 

Kita ini orang biasa, boleh berbuat salah dan alpa dalam apa jua keadaan. Kadangkala kesalahan itu tidak disengaja, sudah dihindari, tetapi tetap juga terjadi kesalahan itu.

 

Ketika kita melakukan kesalahan, segeralah perbaikinya. Namun, jangan berlebihan dalam menyikapi kesalahan kerana fikiran penuh racun yang akan menjadikan terus difikirkan.

 

Perbaiki apa yang sudah lepas, sekuatnya dan semampunya kerana dengan memperbaiki kesalahan tersebut akan membuatkan kita belajar untuk menjadi peribadi yang lebih baik di masa akan datang.

 

Belajar daripada apa yang sudah berlaku, menjadikannya hikmah yang sangat bermanfaat untuk dijadikan panduan dalam kehidupan.

 

Memperbaiki itu perlukan proses, tidak mampu segera. Tidak dapat terus terjadi kerana proses ini panjang maka sebaiknya sabar. Jangan terburu-buru dan tergesa-gesa. Tentu sukar untuk meminta maaf, malu dan sebagainya, tetapi dengan bersikap demikian tentu susah sekali bagi seseorang itu untuk menurunkan egonya.

 

Ketujuh: Belajar memaafkan

 

Tidak semua orang mampu memaafkan. Ada orang yang ‘kedekut’ sekali memberi maaf. Baginya memberi maaf adalah sebuah kesalahan yang besar, menurunkan harga diri dan menjadikan dirinya hina kerana memaafkan orang yang sudah menzalimi dirinya.

 

Fikirannya penuh racun kerana tidak mampu memberi maaf. Walaupun pada akhirnya dia memberi maaf, itu memerlukan syarat yang sangat banyak.

 

Itulah kawan, banyak perkara perlu kita hindari agar tidak menjadi toxic people (orang toksik). Apalagi jika manusia yang penuh racun pada dirinya, maka dia akan mengotori lingkungan pergaulan kita.

 

Berhati-hatilah.

 

Burhan Sodiq, seorang penulis buku dengan tema remaja Islami. Menulis sejak sekolah menengah dan telah menghasilkan 50 buah buku.

Read 357 times Last modified on Sunday, 01 November 2020 10:27

1 Comment

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!