wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 10 رمضان 1442   |   Wednesday 21 April 2021
Tuesday, 17 November 2020 08:00

Kelangsungan hidup pasca COVID-19

Written by Mohd Fais
Rate this item
(0 votes)

Siapa sangka tahun 2020 yang ditunggu-tunggu sejak kecil lagi tidaklah seperti yang diidamkan, tetapi lebih kepada satu ujian yang sangat dahsyat oleh yang Maha Esa. Memang tiada siapa yang sangka keadaan akan jadi begini.

Daripada COVID-19 yang menyerang hampir di setiap pelusuk bumi, virus ini ternyata tidak mengenal bangsa, agama dan status. Berketurunan diraja ataupun gelandangan yang tidak punyai apa-apa, semua tidak terkecuali. Juga sifatnya yang mudah merebak dan berjangkit antara manusia menyukarkan lagi keadaan.

 

COVID-19 pernah mencatatkan sehingga 500,000 kes baru dalam sehari. Angka ini tidak menunjukkan penurunan dalam masa terdekat dan dijangka akan makin terus bertambah.

 

Kesan kepada ekonomi

 

Datangnya virus ini membawa bencana terutama sekali dalam aspek ekonomi, tidak boleh lagi melancong ke luar negara, tidak boleh lagi berkumpul dan bersalaman di kala norma baru ini. Sektor pelancongan dan penerbangan adalah antara yang terkesan teruk dengan virus ini.

 

Dalam aspek ekonomi pun tidak kurang kesannya yang ketara. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bertujuan menyekat penularan wabak ini ternyata memberikan kesan yang ketara kepada ekonomi. Ianya memberikan kesan kepada perniagaan, mereka yang bergaji hari adalah antara yang merasakan kesan kepada penularan wabak ini.

 

PERKESO menganggarkan hampir 90,000 orang akan hilang pekerjaan tahun ini dengan anggaran 10,000 mereka yang kehilangan pekerjaan sebulan, seperti yang dilaporkan Free Malaysia Today, 29 Oktober 2020. Ianya merupakan satu angka yang menakutkan dan memberikan kesan kepada kelangsungan hidup pekerja.

 

Politik tidak stabil

 

Politik di Malaysia pula berada dalam keadaan dan fasa yang tidak stabil. Ianya bermula apabila ada beberapa pihak daripada Pakatan Harapan bertindak keluar dan membentuk gabungan baru dan membentuk kerajaan.

 

Kerajaan baru iaitu Perikatan Nasional hanya mempunyai majoriti dua undi sahaja berbanding pihak pembangkang dan situasi ini memang menyebabkan keadaan yang tidak stabil.

 

Kerajaan boleh sahaja bertukar jika ada pihak ataupun komponen dalam kerajaan sekarang yang berpaling tadah. Ketidakstabilan politik ini datang bersama dengan ketidaktentuan ekonomi yang melanda.

 

Rakyat biasa terkesan

 

Yang paling terkesan tentunya rakyat biasa, terutama yang berada dalam sektor pelancongan, penerbangan dan mereka yang bergaji hari ataupun yang bekerja sendiri.

 

Langkah PKP yang bertujuan untuk mengekang virus dari terus merebak menyebabkan ramai rakyat yang sudah mula hilang pendapatan dan diberhentikan kerja.

 

Itu belum lagi mereka yang dipotong gaji ataupun diberikan cuti yang tidak berbayar. Banyak lagi perkara yang bakal berlaku dan pastinya memberikan kesan kepada rakyat.

 

Sumber pendapatan lain

 

Sudah mula untuk ada sumber pendapatan lain. Kepada mereka yang betul-betul terkesan dan diberhentikan kerja, sementara nak tunggu kerja baru, antara alternatif yang ada adalah untuk anda cuba menjadi pemandu (rider) Grab Food ataupun Foodpanda. Cara untuk menjadi pemandu Foodpanda pula boleh baca artikel di sini: https://smartinvest101.com/cara-jadi-rider-foodpanda/.

 

Nak jadi rider tak susah, tetapi anda wajib mempunyai motor sendiri. Boleh gunakan duit bonus, duit VSS untuk mohon dan beli motor sendiri kalau belum ada. Motor terpakai (second hand) adalah antara pilihan yang anda boleh jadikan alternatif terutama kalau masih belum bermula.

 

Selain daripada menjadi seorang rider, ada banyak lagi idea lain untuk tambah pendapatan terutama selepas PKP ini. Tetapi, idea yang bakal saya ketengahkan ini mempunyai waktu untuk anda betul-betul mahir dan tidak seperti anda menjadi rider Foodpanda.

 

Ianya tidak memerlukan kemahiran yang tinggi, asalkan ada telefon bimbit dan mungkin powerbank untuk bermula, antaranya penghantaran makanan, jualan maya, saham dan bakeri. Boleh baca 10 idea bisnes dari rumah di sini: https://smartinvest101.com/bisnes-dari-rumah/

 

Perlu terus hidup

 

Kepada mereka yang terkesan, perlu untuk terus meneruskan kehidupan. Jika terpaksa dan tidak mampu untuk membayar hutang pinjaman bank, boleh dapatkan bantuan daripada pihak AKPK. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan AKPK ini, sila klik https://www.akpk.org.my/.

 

Akhir kata, harapnya keadaan akan bertambah baik kerana setiap masalah, pastinya ada jalan keluar. Sekali lagi ditegaskan, “Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (Al-Insyirah: 6)

 

COVID-19 akan berlalu insya-Allah. Mungkin ianya akan mengambil masa beberapa tahun sebelum vaksin ataupun penawar kepada virus ini ditemui.

 

Apapun, kekal sabar dan tenang dalam menghadapi hari-hari mendatang. Insya-Allah, Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.

 

Mohd Fais, penulis bebas di blog smartinvest101

Read 296 times Last modified on Tuesday, 17 November 2020 10:12

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd