wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 10 رمضان 1442   |   Wednesday 21 April 2021
Wednesday, 25 November 2020 10:08

Islamofobia di Perancis: Apa peranan kita?

Written by Auzaie Shamsul Maarif
Rate this item
(0 votes)

Sebelum kita terjun ke dalam kancah perbincangan isu Islamofobia yang hangat di Perancis pada masa ini, kita perlu berhenti dan melihat sejenak kepada latar belakang sosiopolitik di Perancis yang mana Islam hanya 10 peratus daripada keseluruhan penduduknya. Islam merupakan agama kedua terbesar di Perancis selepas Kristian Katolik.

Perancis pernah menjajah beberapa negara Muslim seperti Algeria dan Tunisia. Hubungan ini sudah berakar umbi sejak beberapa dekad.

 

Ketika Perang Dunia Pertama, Muslim dari Algeria pernah menjadi sebahagian daripada angkatan tentera Perancis dalam pertempuran Verdun. Masjid Besar di Paris dibina pada tahun 1922 bagi mengenang jasa mereka.

 

Selepas berakhirnya penjajahan di Tunisia dan Algeria oleh Perancis, berlaku imigrasi secara besar-besaran. Ada juga imigran dari Itali, Portugis dan Poland.

 

Selepas beberapa generasi, mereka telah berintegrasi ke dalam masyarakat. Kemudian pada tahun 60-an dan 70-an, pekerja imigran dari Senegal dan negara-negara Afrika lain pula mula membanjiri Perancis.

 

Pada tahun 1974, satu undang-undang telah digubal yang membenarkan pekerja imigran membawa keluarga masing-masing ke Perancis. Kemudian daripada itu, institusi pendidikan diadakan untuk anak-anak.

 

Masjid dibina untuk beribadat, sekolah-sekolah diselanggara mengikut acuan Islam, keluarga semakin berkembang dari hari ke hari dan kadar visibiliti komuniti Islam di Perancis semakin tampak.

 

Ini menjadi suatu masalah pada pandangan penguasa elit. Untuk berintegrasi, mereka berkehendak kepada satu komuniti; bertutur dalam satu bahasa dan budaya bagi mewujudkan satu komuniti nasional mengikut acuan negara.

 

Namun, generasi baru imigran yang mempunyai taraf ekonomi yang rendah telah naik ke tangga yang lebih baik. Kata mereka, "Kami ada hak dan wajib diberikan hak kami yang sewajarnya.”

 

Dari aspek sejarah, negara Perancis pernah diperintah oleh bangsawan dan gereja. Penindasan oleh pihak bangsawan dan gereja terhadap rakyat telah mencetuskan api Revolusi Perancis pada tahun 1789 hingga 1799 yang meranapkan pemerintahan oleh golongan bangsawan dan agamawan.

 

Pada tahun 1905, Undang-Undang Pemisahan antara Gereja dan Negara yang kemudiannya dipopularkan dengan dasar laicite menjadi asas negara sekular. Ramai gagal memahami laicite, yang mana ia bukannya alat untuk menghapuskan agama tetapi ia merujuk kepada kebebasan negara daripada kuasa mana-mana agama, sementara hak kebebasan termaktub dalam perlembagaan dan bebas untuk diamalkan.

 

Namun sejak kebelakangan ini, pada tahun 2004 bermulanya undang-undang yang melarang apa-apa simbol agama di sekolah-sekolah termasuklah larangan memakai tudung. Hal ini bukan sahaja menyaksikan pertembungan antara Islam secara terus dengan Perancis, tetapi juga pertembungan budaya dan adat.

 

Selepas terjadinya Tragedi 9/11 yang memberikan persepsi negatif terhadap Islam dalam skala global, kumpulan ekstrem kanan (far-right) seperti Marine Le Pen dan gerakan populis menaikkan isu-isu menentang pendatang demi melindungi identiti Perancis yang menyemarakkan lagi konflik terhadap kumpulan minoriti Muslim.

 

Umat Islam di Perancis hanyalah 10 peratus bahkan lemah pula dalam segenap aspek. Keganasan antarabangsa menjadikan komuniti Islam menjadi sasaran mudah oleh masyarakat Perancis untuk menyalahkan mereka apabila berlakunya insiden keganasan.

 

Ironinya, terdapat masjid-masjid di setiap bandar-bandar besar di Perancis. Komuniti Islam boleh menjalani kehidupan seperti biasa jika insiden ini tidak berlaku. Persoalan yang timbul, apakah cara untuk kita membantu saudara kita di sana? Adakah boikot cara yang terbaik?

 

Pada 2 November 2020 sejurus insiden pembunuhan Paty, pemimpin Masjid Besar Perancis, Lyon dan Kepulauan Reunion mengecam tindakan keganasan dan menolak keganasan atas nama agama. Mereka juga mengecam tindakan pemboikotan barangan Perancis sebagai tidak berasas dan menolak penggunaan Islam sebagai alat bagi mencapai kepentingan politik.

 

Masyarakat Islam diseru meningkatkan kadar visibility (penonjolan) mereka dalam media massa melawan naratif ekstrem kanan. Strategi dan perancangan harus bijak agar ramai yang lebih menghormati malah mendekati Islam sebagai agama keamanan.

 

Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah untuk tidak membalas batu provokasi dengan api keganasan.

 

Kita harus mengambil contoh daripada seorang nenek tua yang berumur 75 tahun yang ditangkap militan al-Qaeda di Mali selama empat tahun.

 

Nenek itu bernama Sophie Petronin yang melalui pengalamannya dan pengkajiannya yang tulus terhadap kebenaran agama Islam itu telah menambat hati beliau untuk memeluk agama Islam meskipun di tengah-tengah kumpulan pengganas yang terpesong daripada ajaran Islam.

 

Kata-kata beliau ketika ditemu ramah, "Kamu mungkin kenal saya sebagai Sophie, tetapi nama saya kini adalah Maryam."

 

Auzaie Shamsul Maarif, Ahli Jawatankuasa Antarabangsa IKRAM Muda

Read 233 times Last modified on Wednesday, 25 November 2020 10:23

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!