wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 10 رمضان 1442   |   Wednesday 21 April 2021
Saturday, 12 December 2020 08:00

Pasca Covid-19 tanpa diskriminasi kaum

Written by Awang Ilham
Rate this item
(0 votes)

Hari Hak Asasi Manusia peringkat antarabangsa pada tahun ini disambut dengan tema “Recover Better - Stand Up for Human Rights”. Secara kebiasaannya, hari ini disambut pada setiap tanggal 10 Disember. Rasional tarikh ini dipilih adalah bersempena dengan penerimaan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menghapuskan diskriminasi terhadap mana-mana pihak merupakan komponen asas dengan merujuk kepada artikel ke-2 UDHR: “You should never be discriminated against for any reason” (terjemahan: “Anda tidak sepatutnya didiskriminasi atas apa jua sebab”). Dalam erti kata mudah, 'diskriminasi' dapat difahami dengan perkataan 'penindasan' dan ianya berlaku dalam pelbagai bentuk.

 

Penularan wabak Covid-19 pada tahun 2020 telah menyebabkan perubahan mendadak kepada cara hidup kebanyakan rakyat Malaysia. Perubahan ini boleh dilihat secara positif mahupun negatif dalam segenap aspek kehidupan kita termasuklah politik, ekonomi dan sosial. Namun, ianya juga telah menyerlahkan sisi gelap sebahagian kita dalam menanggapi isu diskriminasi.

 

Menyorot kembali tahun 2020, pelbagai contoh diskriminasi yang dapat kita senaraikan. Antaranya isu bot pelarian Rohingya yang dihalang berlabuh, penangkapan besar-besaran terhadap warga migran, respons berbaur perkauman terhadap kelompok-kelompok tertentu termasuklah pengembara dari China, jemaah Tabligh dan pekerja migran, kenyataan yang mengandungi stereotaip perkauman oleh beberapa pemimpin kita serta tahap kemudahan tempat tinggal pekerja buruh kasar yang amat mendukacitakan.

 

Contoh di atas hanyalah senarai kecil daripada peristiwa-peristiwa berkaitan diskriminasi yang berlaku dalam negara kita. Dengan membudayakan perbincangan serta dialog akan dapat membantu kita memahami dengan jelas dan mendalam mengenai punca-punca sebenarnya isu diskriminasi di negara kita. Wacana yang berfokus, rasional serta berobjektif ini juga dapat mengelakkan pandangan kita dari dikelabui pertimbangan perkauman.

 

Kemiskinan yang melarat, kesenjangan yang parah dan diskriminasi yang berpanjangan telah dikenal pasti sebagai batu penghalang dalam usaha-usaha pemulihan pasca Covid-19. Oleh itu, merapatkan kembali jurang yang ada dan menjadikan hak asasi manusia, sebagai asas dalam merangka pelan tindakan pemulihan pasca Covid-19 bagi membentuk Malaysia yang lebih baik, berdaya tahan, adil dan lestari.

 

Bergerak ke hadapan, marilah kita bersama-sama segenap lapisan rakyat Malaysia - pemimpin dan rakyat - memperbaharui komitmen kita dalam memastikan diskriminasi perkauman dibanteras agar dapat mewujudkan masa depan pasca Covid-19 tanpa penindasan dengan peluang saksama dalam mengembangkan potensi diri serta perlindungan terhadap seluruh warganegara dan warga asing di negara yang kita cintai ini.

 

Awang Ilham adalah Koordinator Program di Pusat KOMAS, NGO yang mempromosikan nilai-nilai demokrasi, keadilan dan kesaksamaan di Malaysia.

Read 271 times Last modified on Saturday, 12 December 2020 10:00

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!