wrapper

Berita Terkini

الخميس 4 رمضان 1442   |   Thursday 15 April 2021
Tuesday, 22 December 2020 15:20

Pengalaman menyantuni masyarakat miskin 2

Written by Dr Hishamuddin Alham
Rate this item
(0 votes)

Tidak merasa bangga membuat kerja yang besar dan tidak merasa lekeh membuat kerja yang kecil? Boleh pak cik Hisham kupaskan sikit,” minat betul pelajar ni nak tahu. Maklumlah tak lama lagi mereka akan ke kampong untuk buat kerja amal anjuran persatuan mereka.

“Pak cik pernah diminta untuk menyampaikan ceramah, menjadi pengerus majlis atau menjadi MC. Pak cik terima dengan senang hati demi untuk mencari pengalaman pada peringkat awalnya. Tapi pak cik selalu pasangkan niat nak buat semuanya itu kerana Allah SWT, bukan untuk menunjuk-nunjuk.”

“Dan ada ketikanya pak cik diminta untuk mencuci lantai atau mengemas rumah mangsa banjir. Singsing lengan baju dan seluar dan terus laksanakan. Pak cik rasa ada satu kemanisan bila berlemuih (kata orang Perak) dengan kerja-kerja begini. Jangan langsung merasa terhina atau lekeh bila dipertanggung jawabkan membuat kerja-kerja yang tidak glamor ni.”

“Ohh, kami faham. Sebab semuanya itu pak cik buat kerana Allah kan?” salah seorang pelajar menyampuk.

“Ada satu insiden yang pak cik susah nak lupa.”

“Cerita apa pak cik?”

“Satu hari, pak cik dijemput untuk menyampaikan satu ceramah pada satu kampung yang pernah dilanda banjir. Penduduk kampung telah menganjurkan masjlis kesyukuran dan menjemput sukarelawan daripada IKRAM untuk bersama-sama dengan mereka."

"Mereka menjemput dua penceramah. Pak cik dijadualkan menjadi penceramah kedua. Sesampai di kampung tersebut, penceramah pertama masih belum habis lagi. Pak cik terus ke dapur tempat mereka bergotong royong memasak."

Mereka tidak tahu pun pak cik bakal jadi penceramah di majlis tersebut. Pak cik bantu mereka menumis bawang dalam kawah. Seronok juga baru belajar masak dalam kawah. Selang beberapa minit pak cik dipanggil untuk menyampaikan ceramah. Mereka yang didapur terkejut kerana yang membantu mereka tadi ialah bakal penceramah. Pak cik tersenyum.”

“Ada dengar kisah Hassan al-Banna susun kerusi?”

“Belum. Ceritalah pak cik Hisham.”

“Imam Hassan al-Banna ni tokoh terkenal di Mesir satu ketika dulu. Tapi beliau seorang yang bersifat tawaduk. Satu hari beliau ke satu tempat untuk sampaikan ceramah. Kebetulan orang belum ramai yang datang dan dia dapati ada orang sedang menyusun kerusi. Tanpa berlengah lagi, Hassan al-Banna terus membantu.”

“Apa jadi kemudian pak cik?”

“Imam Hassan al-Banna kata, tak apa. Lagipun, kita tak tahu amal mana yang Allah akan terima.”

“Ikhlaskan diri setiap masa bila kita melakukan sesuatu amal agar diterima Allah SWT. Kamu semua pernah dengar tiga jenis orang yang diheret ke neraka?”

“Belum.”

“Ada tiga jenis orang - satu seorang yang mati syahid, kedua orang yang berilmu dan mengajar ilmunya dan ketiga orang yang banyak harta dan sering mendermakan hartanya. Pak cik tak nukilkan hadisnya di sini. Panjang hadisnya. Ia diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan terdapat dalam Sahih Muslim dan Ahmad.”

“Apa jadi pada mereka pak cik?”

“Ketiga-tiga jenis orang ini dihumbankan ke dalam neraka.”

“Mengapa pak cik?”

“Sebab mereka melakukan amal tersebut bukan kerana Allah tetapi untuk mendapat pujian dan sanjungan daripada manusia. Mereka suka orang menyebut kebaikannya. Amalan mereka tidak diterima Allah.”

“Takutnya. Kami tak naklah buat kerja-kerja yang besar-besar tu,” pelajar tu berkata.

“Bukan itu pengajarannya. Kita buat kerja-kerja itu ganjarannya amat besar tapi dengan syarat kita ikhlas sungguh pada Allah. Buat kerja kecil-kecil tapi tak ikhlas pun, Allah akan tolak juga.”

“Ohhh gitu.”

“Ada juga kerja-kerja tu nampak kecil tapi ganjarannya besar.”

“Contoh pak cik?”

“Solat sunat sebelum subuh. Ada satu hadis, "Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya." [HR Muslim (725)]

“Ye ke? Insya-Allah kami nekad tak akan tinggalkannya mulai dari hari ini.”

“Alhamdulillah. Kita hidup di dunia ni tak lama. Lakukanlah setiap amal, kecil atau besar dengan sepenuh keikhlasan. Dan amalkan doa-doa agar Allah menjauhkan kita dari sifat ujub dan takabur.”

“Insya Allah.”

Dr Hishamuddin Alham
Pesara Pensyarah UTM Skudai

Kisah ini berasaskan kisah benar yang benar-benar berlaku dalam kehidupan penulis.

Bahagian 1: Pengalaman menyantuni masyarakat miskin 1 (ikram.org.my)

Read 234 times Last modified on Tuesday, 22 December 2020 15:27

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd