wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 26 رجب 1442   |   Tuesday 09 March 2021
Thursday, 07 January 2021 14:46

Bela rakyat tersepit, bukan berpolitik sempit

Written by Mohammad Hafizuddin
Rate this item
(0 votes)

Saya menjunjung kasih keprihatinan dan titah Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar pihak berkuasa menghulurkan segera bantuan yang diperlukan kepada mangsa-mangsa banjir.

Pada musim pandemik yang mengancam kesihatan dan ekonomi rakyat ini, ditambah lagi bencana banjir yang baru bermula yang menyebabkan puluhan ribu penduduk dipindahkan, ini bukan masanya untuk 'berpencak' merebut kekuasaan.

 

Masih ingat Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lepas? Kes positif Covid-19 daripada 'Kluster PRN' terus melonjak kepada ratusan kes sehari sebaik sahaja selesai PRN termasuklah seorang menteri menjadi mangsa.

 

Akibat kerakusan ahli-ahli politik merebut kuasa, rakyat turut diheret sama dan menerima risiko jangkitan pandemik yang tidak berkesudahan sehingga kini melebihi 2,000 kes positif sehari.

 

Terbaru, krisis dalaman sebuah parti Melayu akibat tidak senang dengan sebuah lagi parti Melayu menjadi satu lagi 'mainan' politik yang tiada kesudahannya. Jika krisis ini tidak dapat ditangani dengan baik, mungkin Pilihan Raya Umum (PRU) pula diisytiharkan akibat kerajaan hilang majoriti sokongan ahli parlimen.

 

Nak buat PRU selepas banjir reda? Habis tu, Covid-19 nak letak mana? Memang tak serik? Dengan keadaan sekarang pun jumlah pesakit Covid-19 di hospital dan pusat kuarantin menghampiri kapasiti maksimum, masih nak buat PRU? Sebab krisis politik sebegini, ia boleh membawa kepada krisis kesihatan yang semakin buruk di negara ini.

 

Saya bimbang nanti akan ada pula 'Kluster 'PRU' yang sangat tinggi kesnya di seluruh negara dan menjadikan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), barisan hadapan dan seluruh rakyat melawan Covid-19 semakin sukar, walaupun dengan pelbagai SOP dan peraturan dikeluarkan.

 

Rakyat bukan ingin lihat ahli-ahli politik sibuk merebut kuasa, tetapi ingin lihat mereka bersungguh-sungguh menabur bakti dan jasa untuk rakyat jelata.

 

Rakyat bukan ingin lihat ahli-ahli politik menyerang sana-sini mencari salah siapa, tetapi ingin lihat mereka memberikan solusi terhadap pelbagai masalah negara.

 

Rakyat juga bukan ingin lihat ahli-ahli politik mengabaikan kebajikan penduduknya, tetapi ingin lihat mereka cakna dan sedia membantu di kala penduduk derita.

 

Wahai ahli politik, rakyat sedang tersepit dengan pelbagai isu kesihatan dan ekonomi yang menghimpit. Jangan berpolitik sempit, kelak masa depan rakyat dan negara yang terpalit.

Minda Editor

Read 234 times Last modified on Thursday, 07 January 2021 15:40

1 Comment

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!