wrapper

Berita Terkini

الخميس 4 رمضان 1442   |   Thursday 15 April 2021
Tuesday, 26 January 2021 11:03

Sel membuktikan Allah itu Maha Esa?

Written by Ustaz Dr Syazalie Hirman
Rate this item
(0 votes)

Sel merupakan unit asas semua hidupan yang terdiri daripada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang merupakan organisma lain berbilang sel (multisel). Namun terdapat juga makhluk hidup yang merupakan organisma sel tunggal (unisel) seperti yis, protozoa, amoeba dan banyak lagi.

Semua organisma hidup sama ada multisel atau unisel menjalankan proses kehidupan seperti makan, bernafas, bergerak, mengeluarkan sisa buangan, membiak, membesar dan bertindak balas terhadap rangsangan.

 

Oleh kerana saiz sel amat kecil iaitu sekitar 10 µm (nanometer), kewujudannya hanya diketahui dan dapat dikesan setelah manusia dapat mencipta mikroskop ringkas iaitu dikenali sebagai mikroskop cahaya.

 

Sel mula digambarkan pada tahun 1665 oleh seorang saintis Inggeris yang bernama Robert Hooke. Beliau telah mengkaji kepingan nipis tisu tumbuhan dengan menggunakan mikroskop buatannya sendiri.

 

Melalui pemerhatian tersebut, Robert Hooke mendapati bahawa daripada kepingan tisu tumbuhan itu terdapat banyak bentuk seperti kotak-kotak halus (fine box-like shapes).

 

Bentuk seperti kotak-kotak halus tersebut mengingatkan beliau kepada bilik-bilik kurungan di dalam penjara yang dikenali sebagai 'sel'. Oleh itu, beliau menamakan bentuk seperti kotak-kotak halus tersebut sebagai 'sel-sel' (cells).

 

Pada tahun 1839, dua orang saintis  Jerman iaitu Matthias J. Schleidon dan Theodore Schwann telah mencadangkan teori sel. Teori ini menyatakan bahawa sel terdapat secara universal dan merupakan unit asas organisma hidup. Ilmu berkenaan sel yang kemudiannya dikenali sebagai sitologi makin berkembang terutamanya setelah terciptanya mikroskop elektron pada tahun 1930.

 

Secara amnya, setiap sel terdiri daripada membran/dinding sel, sitoplasma dan nukleus. Komponen utama sitoplasma yang dikenali sebagai sitosol secara kimia mengandungi 85 peratus hingga 90 peratus air. 

 

Ringkasnya, para saintis membuat kesimpulan, bagi sesuatu organisma hidup itu hidup, maka ia memerlukan air. Di samping itu juga, para pengkaji yang mahu membuktikan bahawa wujudnya kehidupan (organisma hidup yang wujud secara fizikal) di mana-mana planet di angkasa lepas, akan memastikan terlebih dahulu adakah di sana terdapat air. Jika ada, besar kemungkinan wujudnya organisma hidup di situ. 

 

Kesimpulannya, air merupakan perkara asas kepada kehidupan. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah SWT kepada Rasul-Nya, Muhammad SAW dalam al-Quran lebih 1,400 tahun yang lalu.

 

Firman Allah yang bermaksud: 

“.. dan Kami jadikan daripada air, tiap-tiap benda yang hidup..” (Surah al-Anbiya’: 30)

 

Menurut Tafsir al-Jalalain, ayat ini menjelaskan bahawa air merupakan sebab sesuatu itu hidup. Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW mengetahui hakikat tersebut sedangkan saiz setiap satu sel tidak lebih daripada 0.00001 mm dan mikroskop ringkas hanya diciptakan pada awal kurun ke-17?

 

Hal ini membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW benar-benar seorang Rasul yang diutus oleh Allah SWT, manakala al-Quran pula benar-benar merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Baginda SAW.

 

Bahkan, fakta bahawa asas kejadian semua benda hidup adalah sama iaitu sel, membuktikan kepada kita bahawa setiap benda hidup diciptakan oleh Pencipta yang sama iaitu Allah SWT yang Maha Esa. 

 

Ustaz Dr Syazalie Hirman Ahmad Najib, Ketua Hal Ehwal Syariah IKRAM

Read 190 times Last modified on Tuesday, 26 January 2021 11:27

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd