wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 10 رمضان 1442   |   Wednesday 21 April 2021
Saturday, 06 February 2021 07:00

Sama tapi tidak serupa

Written by Ustaz Dr Syazalie Hirman
Rate this item
(0 votes)

Terdapat dua perkataan yang hampir sama dalam al-Quran iaitu ibad (عباد) dan abid (عبيد). Adakah kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang sama atau ianya berbeza? 

Sekiranya ia berbeza, apakah perbezaan antara kedua-dua perkataan ini serta perkataan-perkataan lain yang juga dilihat seakan-akan sama? Adakah terdapat ‘rahsia’ tertentu di sebalik perbezaan tersebut? Adakah terdapat perkataan yang sinonim dalam al-Quran? 

Hal ini menjadi perselisihan dalam kalangan ulama tafsir. Ada yang mengatakan bahawa tiada perbezaan antara perkataan yang sinonim dalam al-Quran. Walau bagaimanapun, bagi ulama tafsir yang meneliti dengan lebih mendalam terhadap huruf-huruf, perkataan-perkataan dan ayat-ayat dalam al-Quran.

Mereka menemui bahawa tiada perkataan sinonim dalam al-Quran sungguhpun ia kelihatan seakan-akan sama atau secara umumnya membawa makna yang hampir sama. 

Maknanya, jika Allah SWT memilih ungkapan yang berbeza, pasti Allah SWT mahu membezakan antara kedua-kedua ungkapan perkataan tersebut. Setiap perkataan yang Allah SWT ungkapkan bukan sekadar mahu mengayakan kosa kata al-Quran, malah ia memang disengajakan bagi membezakan maksud. Oleh yang demikian, apakah perbezaan antara ibad (عباد) dan abid (عبيد) dalam al-Quran? 

Perkataan ibad (عباد) terdapat sekitar 100 kali dalam al-Quran. Apa yang mengujakan, lebih 90 kali perkataan ini diungkapkan untuk merujuk kepada Muslimin. Oleh itu, tidak salah untuk menyatakan bahawa pada kebiasaan perkataan ibad adalah bagi menyifatkan hamba-hamba Allah SWT yang beriman.

Salah satu contoh adalah pada Surah al-Furqan ayat 63 yang bermaksud:

“Dan hamba-hamba al-Rahman, ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang jahil hadapkan kata-kata (buruk) kepada mereka, mereka berkata salam.”

Apabila diperhatikan perkataan ibad (عِبَاد) yang mempunyai huruf alif (ا) di tengah-tengahnya, ia menunjukkan betapa halusnya ungkapan al-Quran apabila berbicara mengenai Muslimin. 

Huruf alif menggambarkan izzah yakni kehormatan, kemuliaan dan ketinggian hamba-hamba-Nya yang beriman. Ia seolah-olah menjadi simbolik bahawa seorang Muslim sepatutnya sentiasa berdiri tegak serta teguh, bukannya berasa lemah, hina dan rendah di hadapan musuh-musuh Allah SWT.

Perkataan abid (عَبِيد) pula diulang sebanyak lima kali dalam al-Quran dan kesemuanya hanya merujuk kepada orang-orang kafir dan golongan penentang Allah SWT. Perkataan abid menggunakan huruf ya’ (ي) yang menjadi simbolik terhadap kehinaan, kelemahan dan kerendahan darjat golongan yang mengkufuri Allah SWT.

 

1. Surah Ali Imran, ayat 181-182
2. Surah al-Anfal, ayat 50-51
3. Surah al-Hajj, ayat 8-10
4. Surah Fussilat, ayat 46
5. Surah Qaf, ayat 27-29

 

Terdapat suatu hal yang menarik mengenai kelima-lima tempat tersebut iaitu Allah SWT telah menegaskan keadilan-Nya dalam menghukum hamba-hamba-Nya, bahkan mereka diazab kerana perbuatan mereka sendiri. Kesemua ayat tersebut menolak bahawa Allah SWT zalim terhadap hamba-hamba-Nya (بظلام للعبيد…).

Sungguhpun semua manusia tanpa mengira ia beriman ataupun kufur adalah merupakan hamba Allah SWT. Namun, Dia memberikan ungkapan yang berbeza terhadap hamba-hamba-Nya yang beriman dan hamba-hamba-Nya kufur. Jika panggilan pun dibezakan, apatah lagi balasan serta layanan Allah SWT di akhirat kelak.

Ustaz Dr Syazalie Hirman bin Ahmad Najib
Ketua Hal Ehwal Syariah
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 564 times Last modified on Friday, 05 February 2021 12:29

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!