wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 10 رمضان 1442   |   Wednesday 21 April 2021
Wednesday, 10 February 2021 13:22

Kudeta Myanmar dan kebangkitan rakyat

Written by Atriza Umar
Rate this item
(2 votes)

Rakyat di negara mana pun tidak suka tampuk kepimpinan negaranya dirampas atau dirompak oleh mereka yang hendakkan kuasa atau dengan kata lain, mereka yang gila kuasa memerintah.

Namun, itulah yang terjadi dalam keadaan situasi dunia mengalami pandemik yang serius untuk ditangani yang mana rakyat negara Myanmar lalui waktu sukar untuk menerima apa yang berlaku ini.

 

Dan inilah perjuangan mereka membela kedaulatan negaranya daripada dirobek oleh pihak tentera apabila puluhan ribu rakyat di beberapa kota Myanmar keluar dalam himpunan besar-besaran untuk hari kedua berturut-turut pada Isnin (8 Februari 2021).

 

Ia bertujuan memprotes rampasan kuasa tentera beberapa hari yang lalu sebagai sebahagian daripada apa yang boleh dianggap gelombang tunjuk perasaan terbesar di negara itu sejak satu dekad ini.

 

Para penunjuk perasaan melaungkan slogan mengecam campur tangan tentera dalam arena politik negara mereka termasuk, "Kami tidak inginkan pemerintahan diktator ketenteraan.”

 

Selain itu, perkhidmatan Internet mula dapat kembali diakses setelah pihak yang berkuasa menutupnya seharian di kawasan berlakunya demonstrasi yang sesak, hingga meningkatkan kemarahan rakyat yang bersama dalam tunjuk perasaan tersebut.

 

Tentera mengumumkan rampasan kuasa menentang kuasa berdasarkan tuduhan yang tidak ada bukti bahawa pilihan raya pada November lalu berlakunya penipuan. 

 

Berikutan itu, jeneral tentera mengisytiharkan keadaan darurat selama setahun dan juga mengerahkan pasukannya di ibu kota, Naypyidaw untuk mengawal mereka.

 

Sebilangan besar pemimpin Parti Kongres Nasional yang berkuasa yang dipimpin oleh Aung San Suu Kyi serta Presiden Republik, Win Myint telah dikenakan tahanan rumah sejak kudeta dan pengisytiharan darurat ketenteraan.

 

Para demonstran di Kota Yong, Myanmar memakai seragam merah yang membezakan Parti Kongres Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri dan membawa belon merah.

 

Sementara itu, kereta dan bas awam memperlahankan kelajuan mereka di jalan-jalan di wilayah itu dan memasang sepanduk untuk menyokong tunjuk perasaan. Tidak terkecuali, banyak yang membuat gerakan tiga jari tanda penentangan terhadap pemerintahan autokratik di wilayah tersebut.

 

Sekatan akses Internet tidak menghalang puluhan ribu penunjuk perasaan berpusu-pusu ke kawasan-kawasan penting di Myanmar, membawa sepanduk yang melontarkan ‘Hormati Suara Kami" sebagai merujuk kepada kemenangan besar-besaran parti pemerintah pada November tahun lalu.

 

Demonstrasi ini adalah yang terbesar terjadi sejak Revolusi Saffron yang bermula pada tahun 2007 ketika ribuan orang mengambil bahagian dalam demonstrasi menentang kuasa ketenteraan.

 

Tentera mengerahkan polis anti-rusuhan dengan pakaian seragam lengkap di persimpangan penting dan berhampiran Universiti Yangon, tetapi belum ada laporan mengenai keganasan di kawasan itu walaupun ribuan penunjuk perasaan menuju ke Pagoda Sula di sekitar universiti.

 

Seorang penunjuk perasaan berkata sebagaimana dilaporkan BBC:

"Pertama, kami tidak ingin kembali ke pemerintahan ketenteraan, kami tidak ingin hidup dalam ketakutan. Kedua, kami ingin ibu Suu Kyi dibebaskan kerana penahanannya adalah tidak adil."

 

Manakala penunjuk perasaan yang lain pula berkata tentang Aung San Suu Kyi:

"Dia adalah pemimpin kami yang sebenarnya. Dia satu-satunya harapan untuk demokrasi kami, dan jika dia meninggal dunia atau jika ada yang berlaku padanya, apa yang akan terjadi pada masa depan kami? Kami sangat memerlukannya kembali."

 

Menurutnya lagi, protes itu tidak akan berakhir dan mereka akan berkumpul setiap hari sehingga negaranya dibebaskan daripada kediktatoran.

 

Dalam perkembangan lain, protes sedemikian turut berlaku di Naypyidaw, Mullamen dan Mandalay, bandar kedua terbesar di Myanmar. Laporan menunjukkan bahawa tembakan dapat didengar di kota Maiwadi tetapi tidak ada kecederaan yang dilaporkan.

 

Sebagaimana dilaporkan media, saksi tempatan memberitahu bahawa polis menggunakan peluru getah untuk memhentikan perarakan di bandar.

 

Sebelumnya, Suu Kyi dituduh melanggar peraturan komersial dan dikenakan di bawah tahanan rumah di ibu negara, Naypyidaw. Berikutan itu, tentera Myanmar mengenakan keadaan darurat selama setahun dan berjanji akan mengadakan pilihan raya pada akhir tempoh itu.

 

Sekatan Internet dihentikan

 

Pusat Netblock yang memantau urusan perkhidmatan Internet mengatakan bahawa perkhidmatan kembali ke Myanmar sebanyak 50 peratus sekitar jam 2.00 petang waktu tempatan pada Isnin lalu tetapi rangkaian sosial dan beberapa laman portal masih disekat.

 

Sebuah badan hak asasi global, Amnesty International mengecam sekatan perkhidmatan Internet ke Myanmar dan menggambarkan apa yang berlaku sebagai keterlaluan yang melulu.

 

Pertubuhan itu juga menuntut pengembalian akses Internet dengan segera dan jika terus disekat, ia menyebabkan hak kebebasan manusia dinafikan dan perlu dipersoalkan.

 

Utusan khas PBB, Thomas Andrew pula meminta Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengadakan sesi khas bagi menyelesaikan krisis itu dan menekankan bahawa kuasa ketenteraan mesti diturunkan sekarang.

 

Tentera melancarkan rampasan kuasa sempena bermulanya sesi parlimen setelah pilihan raya umum yang mana Parti Kongres Nasional memenangi sekitar 80 peratus kerusi, sementara ribuan rakyat menyaksikan sesi tersebut melalui siaran langsung di laman sosial Facebook sebagai sumber maklumat dan berita utama di negara itu.

 

Tentu tujuannya adalah untuk menyekat protes yang tular di media sosial dengan hashtag antaranya "Kami mahukan demokrasi" (#WeWantDemocracy) dan "Dengarkan suara Myanmar" (#HearTheVoiceOfMyanmar) yang telah digunakan berjuta-juta kali.

 

Sementara itu, ketua tentera mempertahankan tindakan rampasan kuasa dalam ceramah pertamanya di televisyen di tengah-tengah tunjuk perasaan besar-besaran.

 

Min Aung Hlaing mengatakan bahawa pilihan raya November yang dimenangi pemimpin pilihan yang ditahan, Aung San Suu Kyi adalah tidak adil. Justeru, tentera mula mengenakan sekatan di beberapa kawasan termasuk perintah berkurung dan sekatan untuk berkumpul.

 

Maka, protes besar-besaran meletus pada hari Ahad dengan mogok di seluruh negara untuk menentang kudeta tersebut. Salah seorang doktor yang memprotes (yang tidak mahu disebutkan namanya) dilaporkan BBC berkata:

 

"Hari ini, kami para profesional, terutamanya profesional perkhidmatan awam, seperti doktor, jurutera dan guru keluar untuk menunjukkan kesatuan kami dalam hal ini dan juga untuk menjatuhkan kediktatoran."

 

Tentera telah merampas kekuasaan pada minggu lalu dan mengisytiharkan keadaan darurat selama setahun di Myanmar dengan kuasa pemerintahan diserahkan kepada Jenderal Min Aung Hlaing.

 

Suu Kyi dan pemimpin kanan lain Liga Nasional untuk Demokrasi, termasuk Presiden Win Myint, ditahan di rumah.

 

Dalam pada itu, penasihat ekonomi Australia beliau, Sean Tornell turut ditangkap dan keluarganya menyiarkan kenyataan di Facebooknya pada hari Isnin dengan meminta pembebasannya dengan segera.

 

Selama setahun

 

Ucapan Jeneral Min Aung Hlaing lebih kepada penyebab rampasan kuasa dan pada tahap yang lebih rendah, mengancam penunjuk perasaan.

 

Beliau mengatakan bahawa suruhanjaya pilihan raya telah gagal menyiasat penyelewengan dalam daftar pemilih dalam pilihan raya November. Namun, suruhanjaya itu mengatakan tidak ada bukti untuk menyokong tuduhan penipuan yang terjadi.

 

Justeru, beliau berjanji akan mengadakan pilihan raya baru dan menyerahkan kuasa kepada pemenangnya dan suruhanjaya pilihan raya reformasi baru akan memantaunya. Beliau turut meminta rakyat negara itu untuk menerima fakta yang benar serta tidak mengikuti perasaan peribadi.

 

Jeneral itu tidak secara langsung mengancam para penunjuk perasaan, hanya mengatakan bahawa tidak ada yang dapat melawan undang-undang. Walaupun begitu, tentera telah melakukan tindakan yang keras sebelum ini termasuk pada tahun 1988 dan 2007.

 

Tetapi beberapa kawasan dilihat semakin dikawal ketat dengan perintah berkurung yang dikuatkuasakan di beberapa bahagian di Mandalay City II dan kawasan lain dari jam 8.00 malam hingga 4.00 pagi dan perhimpunan terhad kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada lima orang atau kurang.

 

Sebelumnya, sebuah siaran televisyen pemerintah memperingatkan bahawa "Langkah-langkah harus diambil sesuai dengan undang-undang untuk menghadapi situasi yang berlaku, mencegah daripada kehancuran kestabilan negara, keselamatan masyarakat dan undang-undang."

 

"Adalah tidak masuk akal bagi pemerintah kudeta tentera yang telah menginjak demokrasi dan kedaulatan undang-undang untuk mendakwa mereka berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap para penunjuk perasaan yang aman," kata wakil pengarah bahagian Asia Human Rights Watch, Phil Robertson.

 

Reaksi dunia

 

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden turut memimpin seruan global agar para tentera menyerahkan kembali kuasa kepada Aung San Suu Kyi. Pada Isnin, Paus Francis menggesa pembebasan segera terhadap pemimpin politik yang disekat kebebasannya dan yang dipenjara.

 

"Jalan menuju demokrasi yang dimulakan beberapa tahun kebelakangan ini terganggu dengan kejam oleh rampasan kuasa yang berlaku minggu lalu," katanya kepada perhimpunan diplomat baru-baru ini dengan harapan mereka akan segera dibebaskan.

 

Utusan Britain ke Majlis Hak Asasi Manusia menyatakan bahawa beliau telah mengajukan permintaan untuk mengadakan sesi khusus Majlis PBB untuk mengatasi krisis di Myanmar.

 

"Situasi ini sebagai tindak balas terhadap keadaan darurat yang dikenakan oleh tentera di Myanmar dan penahanan sewenang-wenangnya ahli politik dan rakyat yang dipilih secara demokratik," kata Duta Besar (UK), Julian Braithwaite sambil menjelaskan bahawa situasi ini mendatangkan kesan yang serius bagi hak asasi manusia di negara tersebut.

 

Anggota perundangan di Asia Tenggara menggesa tentera Myanmar menghormati hak rakyat untuk melakukan tunjuk perasaan. Walaupun akses Internet disekat, ia tidak menghentikan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh negara pada hari Sabtu dan Ahad lalu.

 

Tentang Myanmar

 

Myanmar terletak di Asia Tenggara dengan populasi 54 juta penduduk, bersempadan dengan Bangladesh, India, China, Thailand dan Laos.

 

Negara ini tetap berada di bawah pemerintahan ketenteraan secara langsung atau tidak langsung dari tahun 1962 hingga 2011 yang mendedahkan negara itu kepada kecaman dan sekatan antarabangsa.

 

Aung San Suu Kyi berkempen untuk reformasi demokratik. Pembebasan daripada pemerintahan tentera bermula secara beransur-ansur pada tahun 2010 walaupun tentera mengekalkan pengaruh politiknya yang kuat.

 

Kerajaan yang dipimpin Suu Kyi mula berkuasa pada tahun 2015 tetapi negara itu menyaksikan serangan terhadap minoriti Muslim Rohingya setelah hanya dua tahun pemerintahannya yang menyebabkan perpindahan ratusan ribu minoriti itu lari ke negara Bangladesh.

 

Serangan-serangan ini menjadi penyebab keretakan hubungan antara Perdana Menteri Aung San Suu Kyi dan bekas penyokongnya, masyarakat antarabangsa, setelah dirinya menolak untuk mengutuk serangan terhadap umat Islam, bahkan enggan menggambarkannya sebagai pembersihan etnik.

 

Walaupun begitu, beliau masih sangat popular di negara asalnya itu.

Itu di Myanmar. Bagaimana pula kebangkitan rakyat di negara kita ini? Mungkinkah dalam PRU15 nanti? Tepuk dada tanya minda kita.

Read 225 times Last modified on Wednesday, 10 February 2021 13:30

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!