wrapper

Berita Terkini

الخميس 4 رمضان 1442   |   Thursday 15 April 2021
Friday, 19 February 2021 13:27

Bercermin kepada kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah

Written by Atriza Umar
Rate this item
(1 Vote)

Sebenarnya, kita telah banyak membelakangkan sejarah Khilafah Uthmaniyyah selain tidak meletakkannya di tempat yang sewajarnya. Kita sering kenal perkataan ini tentang kejatuhannya dengan merasa biasa saja dan tidak banyak menyumbang kepada Islam.

Hakikatnya, pernyataan sedemikian tidak tepat apalagi sangat tersasar sebenarnya. Ini kerana Khilafah Uthmaniyyah melayani umat Islam selama lebih lima abad, menjaga batas-batas tanah Muslim dan menjadi pahlawan yang dijulang.

 

Kekhalifahan Uthmaniyyah mencapai puncaknya yang paling tinggi pada masa pemerintahan Sultan Suleiman al-Qanuni yang berlangsung pada1520-1566, yang mana kaum Muslimin berasa sangat izzah (bangga, mulia), menjadi superpower (kuasa besar) dan disegani oleh dunia.

 

Sebilangan besar negara Eropah tunduk kepada Khilafah Uthmaniyyah kerana mereka juga menganggap bahawa kerajaan itu adalah polis antarabangsa yang menjaga dunia.

 

Beliau membuka Eropah Timur dengan gagahnya, berlayar di Laut Tengah dengan megah, tentera Salib pula tergoncang sehingga mereka saling meminta pertolongan untuk melindungi diri mereka daripada perkembangan dakwah Sultan Suleiman al-Qanuni.

 

Mula terjejas

 

Ada masanya Khilafah Uthmaniyyah mulai terjejas. Negara seukuran itu dengan kawasan yang meliputi Eropah, Asia dan Afrika kemungkinan sukar dimusnahkan. Namun, Allah menghendaki dalam sunnah-Nya bahawa kemenangan dan kekalahan akan dipergilirkan.

 

Akhir abad ke-17, tepatnya pada tahun 1699, Khilafah Uthmaniyyah mengalami kekalahan berturut-turut di Eropah dan beberapa lautan.

 

Semua negara Eropah bersatu untuk membentuk Holy League iaitu sebuah gabungan besar yang bersama-sama mengalahkan Khilafah Uthmaniyyah di semua medan perang, hinggakan empayar itu terpaksa menandatangani perjanjian Karlowitz.

 

Apakah perjanjian Karlowitz?

 

Perjanjian ini berlaku antara Khilafah Uthmaniyyah sebagai pihak pertama, dan Belanda, Britain, Jerman, Poland, Hungaria, Republik Venesia dan Negara-negara Paus Itali sebagai pihak kedua.

 

Buat pertama kalinya, Khilafah Uthmaniyyah kehilangan tanahnya di Eropah Timur dan terbahagi kepada empayar Eropah. Ini disebabkan oleh kekalahan Uthmaniyyah pada Pertempuran Zenta.

 

Pertempuran Zenta adalah sebuah pertempuran besar yang menjadi sebahagian daripada Perang Turki Besar pada tahun 1683 hingga 1699 dan merupakan salah satu kekalahan terbesar kerajaan Uthmaniyyah dalam sejarah.

 

Pertempuran ini meletus pada 11 September 1697 di sebelah selatan kota Zenta di sisi timur Sungai Tisa.

 

Hungary menguasai Egri, Varat, sebahagian besar Budin, Temeşvar utara dan sebahagian Bosnia daripada Uthmaniyyah. Sementara itu, kerajaan Transylvania tunduk kepada pemerintahan gabenor Austria, tidak lagi menjadi Khilafah Uthmaniyyah.

 

Poland menguasai wilayah Podolia termasuk kubu yang dirobohkan di Kamanice. Musuh Uthmaniyyah yang hebat, Republik Venice memperoleh sebahagian besar Dalmatia bersama dengan semenanjung Peloponnese di selatan Yunani. Uthmaniyyah hanya dapat mempertahankan Belgrade, Temesvar dan menguasai Wallachia dan Moldavia.

 

Secara keseluruhan, bukan sedikit Khilafah Uthmaniyyah kehilangan wilayah iaitu sebanyak 160,000 kilometer persegi. Ini adalah peristiwa pertama yang menandakan penurunan dalam perkembangan dakwah Khilafah Uthmaniyyah. Sejak Perjanjian Karlowitz, umat Islam tidak pernah menambah lebih banyak wilayah.

 

Kemenangan, kekalahan dipergilirkan

 

Mereka yang menang mempunyai syarat dan mereka yang kalah mencipta alasan. Tentunya dengan mengkaji sejarah untuk mengetahui syarat-syarat kemenangan dan belajar daripada kekalahan Uthmaniyyah agar tidak jatuh ke lubang yang sama dua kali.

 

Itulah semangat!

 

Maka berhati-hati dan bersedialah kita dalam setiap babak waktu yang terjadi. Boleh jadi kita akan menjulang nama kerana sesuatu kebaikan yang dilakukan atau jauh daripada apa yang akal rasional kita fikirkan.

 

Rindu menelusuri tentang Khilafah Uthmaniyyah, menggunung ibrah selain punya latar belakang yang sungguh memotivasikan.

 

Ini kerana kita masih belum terlewat memulakannya, meraih segala yang hak (kebenaran) dengan kesabaran. Usah bertangguh lagi. Bangkitlah.

Rujukan:

1. Nolan, Cathal J. (2008). Perang pada Zaman Louis XIV, 1650–1715: Ensiklopedia Perang Dunia. Penerbitan Greenwood.

2. An-Nawazil fi Tarikh al-Islam, Dr. Fathi Zaghrut

Read 167 times Last modified on Friday, 19 February 2021 13:36

1 Comment

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!