wrapper

Berita Terkini

الأحد 24 رجب 1442   |   Sunday 07 March 2021
Monday, 22 February 2021 15:19

Ibu, engkaulah segalanya

Written by Hasbullah Ismail
Rate this item
(0 votes)

Ibu yang menjadi suri rumah tidak mempunyai bidang tugas yang khusus, sebaliknya membuat semua kerja di rumah bagi memastikan keluarganya hidup sejahtera. Semuanya itu dibuat dengan penuh kasih sayang tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Demikianlah kisah kita semua yang berasal dari kampung yang mempunyai ibu sebagai suri rumah sepenuh masa. Ibu mungkin tidak bersekolah tinggi, tidak pandai membaca, cuma boleh membaca al-Quran semampunya namun kegigihannya memastikan rumahnya diurus dengan baik tidak dapat diungkapkan dengan kata- kata.

 

Lukisan ini adalah gambaran seorang anak tentang ibunya, seorang suri rumah yang membuat pelbagai kerja rumah setiap hari; memasak, membasuh dan menyidai baju, pergi ke pasar, memberi makan ayam dan sebagainya.

 

Ini adalah lukisan pelajar Tahun 9 di Trissur, Kerala, India, Arjunath Sindhu. Ia memaparkan ibunya yang melakukan pelbagai kerja sebagai suri rumah. 

 

Arjunath mendapat ilham untuk membuat lukisan ini apabila mendengar ayahnya memberitahu kawan-kawannya apabila ditanya oleh mereka bahawa isterinya tidak bekerja, hanya seorang suri rumah.

 

Lukisan ini kemudiannya dihantar oleh gurunya kepada pihak kerajaan India yang kemudian menjadikannya sebagai muka hadapan buku Bajet Gender 2020-2021.

 

Kisah pengorbanan ibu ini hampir sama di negara kita terutama bagi ibu-ibu yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Segala kerja dilakukan bagi memastikan rumah tangganya terurus dengan baik; makan minum, kebersihan rumah dan pakaian, dan bagi yang tinggal di kampung, termasuklah mengurus ayam, itik dan lembu.

 

Marilah kita sama-sama menghargai jasa dan pengorbanan ibu. Ibu yang mengandungkan kita selama sembilan bulan, yang menyusukan kita selama dua tahun dan membesarkan serta mendidik kita dengan penuh kasih sayang

 

Islam meletakkan ibu pada kedudukan yang tinggi. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radiallahuanhu, yang bermaksud:

 

"Seseorang datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, 'Wahai Rasulullah, kepada siapakah orang paling berhak aku berbakti?' Nabi SAW menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, 'Kemudian siapa lagi?' Nabi SAW menjawab, 'Ibumu!' Orang tersebut bertanya kembali, 'Kemudian siapa lagi?' Baginda menjawab, 'Ibumu.'. Orang tersebut bertanya kembali, 'Kemudian siapa lagi?' Nabi SAW menjawab, 'Kemudian ayahmu’.”  (Hadis Riwayat Bukhari)

 

Demikianlah betapa tingginya kedudukan ibu di sisi Rasulullah SAW. Semoga kita menjadi anak-anak yang sentiasa menghargai dan kasih serta sayang kepada ibu-ibu kita.

 

Hasbullah Ismail
Anggota Kumpulan Fokus Keluarga Utuh
Pasukan Petugas Agenda Nasional Masyarakat Progresif
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 160 times Last modified on Monday, 22 February 2021 15:37

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!