wrapper

Berita Terkini

الجمعة 26 رمضان 1442   |   Friday 07 May 2021
Wednesday, 17 March 2021 15:55

Hamas sedia hadapi pilihan raya, bentuk kerajaan perpaduan

Written by Atriza Umar
Rate this item
(1 Vote)

Ketua Biro Politik Gerakan Penentangan Islam (Hamas), Dr Khalil al-Hayya mengatakan bahawa gerakannya bersedia untuk membentuk satu senarai nasional yang bersatu dari spektrum rakyat Palestin seluas-luasnya, yang menjadi pilihan utama.

Dalam wawancara dengan akhbar Al-Quds baru-baru ini, beliau mengesahkan bahawa gerakannya bergerak dengan teguh dan yakin untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan melalui tiga peringkat, dan bersedia menerima keputusan pemilihan secara bebas dan adil.

 

Al-Hayya juga turut menekankan bahawa kepentingan nasional memerlukan pembentukan kerajaan perpaduan setelah pilihan raya yang melibatkan semua, dan akan dilaksanakan di Tebing Barat, termasuk Jerusalem dan juga Gaza, manakala Palestine Liberation Organization (PLO) menguruskan hal ehwal politik dan pilihan raya.

 

Dalam pada itu, dialog Kaherah yang dijangka akan berlangsung pada hujung Mac ini akan membincangkan perjanjian mengenai undang-undang pemilihan Majlis Nasional, jumlah keahliannya, petugas pilihan raya, pemerhati pilihan raya, dan di mana akan diadakan serta yang lain-lainnya jika perlu.

 

Terbuka untuk semua pilihan

 

Tambahnya, Hamas terbuka untuk semua pilihan dan bersedia untuk itu serta bersedia untuk spektrum rakyat Palestin seluas-luasnya bagi membentuk senarai nasional yang dinyatakan.

 

Apa yang menariknya, ini adalah pilihan-pilihan rakyat Palestin. Patriotisme setelah perpecahan adalah percubaan yang dilakukan oleh beberapa orang dan entiti, dan tentunya dilihat sebagai yang terbaik.

 

"Kami bersedia untuk semua pilihan, dan kami telah menyediakan senario untuk semua itu serta calon gerakan untuk semua pilihan. Kami yakin keputusan pilihan raya dan untuk rakyat, kita memilih pilihan nasional yang berani menyokong perjuangan Palestin.”

 

Selain itu, Ketua Biro Politik Hamas itu menegaskan bahawa rakyat Palestin akan memasuki pilihan raya dan berharap ia dapat dicapai sehingga ke peringkat akhir, kerana ini adalah hak nasional dan kata sepakat yang telah dijamin bagi keperluan rakyat Palestin keluar daripada situasi semasa, menyelesaikan perjalanan menghadapi cabaran yang dihadapi selama ini.

 

“Kami mengesahkan isu pilihan raya, Perjanjian Dokumen Perjanjian Nasional 2006, Perjanjian Perjanjian Nasional 2011 di Kaherah, hingga pertemuan Setiausaha Agung pada bulan September 2020 lalu juga mengesahkan mengenai pilihan raya ini. Jadi, inilah jalan memilih melalui pilihan raya, dan ia adalah salah satu cara untuk mendepani segala yang berlaku ini.”

 

Beliau berpandangan dengan mengadakan pilihan raya, ia adalah salah satu cara untuk memperkuatkan barisan dalamannya, memulihkan institusi nasional dan membangunkan kembali sistem politik Palestin melalui demokrasi bagi menghadapi cabaran yang kompleks sekian lama.

 

Mengakhiri perpecahan adalah matlamat utama

 

Mengenai kebimbangan dengan perjalanan pilihan raya, al-Hayya menekankan bahawa pilihan raya kali ini tidak akan mengulangi pilihan raya yang sebelum ini seperti salah tempat kerana ketika waktu itu, terdapat kekurangan badan legislatif yang terpilih untuk mengawasi keadaan tersebut.

 

“Kita akan mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan tetapi mewakili keseluruhan penilaian nasional yang dipersetujui. Ini adalah strateginya dan ia akan menjadi platform untuk menyatukan perdamaian dan mengakhiri perpecahan.”

 

Dalam pada itu, pertemuan Fatah dan Hamas berlanjutan untuk mengatasi segala rintangan, yang mana setiap hari pertemuan diadakan untuk menyelesaikan segala masalah dan melaksanakan apa yang telah disepakati.

 

“Kami berada di tahap kata sepakat nasional kerana kami ingin keluar daripada keadaan perpecahan, yang memerlukan fleksibiliti, patriotisme dan tanggungjawab yang tinggi,” ujar al-Hayya.

 

Pilihan raya di Jerusalem

 

Al-Hayya menegaskan bahawa pemilihan di Jerusalem adalah kedudukan strategik dan itu adalah posisi Hamas serta tanda aras yang tidak dapat dipisahkan.

 

Dalam pada itu, beliau menyeru rakyat untuk mematuhi keputusan pilihan raya sebagaimana Hamas komited untuk proses demokrasi dan yakin terhadap hasilnya. Maka, setiap keputusan perlu disepakati oleh semua.

 

Mengenai penangkapan aktivis gerakan itu, al-Hayya berkata bahawa mereka yang ingin membawa bendera perjuangan seharusnya sentiasa bersiap sedia dan menanggung pengorbanan.

 

Kami bersedia. Kami adalah orang biasa yang ingin menggunakan hak kami dalam pilihan raya, dan kami bersedia menentang pilihan raya Israel yang akan datang sekiranya penjajah itu berkeras untuk campur tangan dalam pilihan raya kami.”

 

Pilihan raya Presiden

 

Kata sepakat di semua peringkat adalah menjadi semangat dan tanggungjawab. Hamas bersedia untuk menjalinkan kerjasama sama ada dengan legislatif, presiden mahupun Majlis Nasional, ketika pemilihan.

 

Selain itu, Hamas bersedia untuk bersepakat dengan tokoh nasional daripada mana-mana pihak yang membawa isu Palestin dan bersama-sama menghadapi cabaran yang ada, yang penting ialah semua pihak bersetuju dengan calon yang diketengahkan.

 

“Kita sudah bersedia untuk itu. Jika kita tidak berjaya dengan semua pengundian, kita akan mematuhi had yang sewajarnya diterima dan apa yang diharuskan oleh kita semua adalah mengemukakan tokoh politik untuk bertanding dalam pilihan raya presiden.”

 

Menyentuh mengenai kemungkinan bahawa antara pilihan tersebut adalah Presiden Abu Mazen (Mahmoud Abbas), al-Hayya berkata, jika kita setuju dengan keputusan ini, maka ia wajar diteruskan.

 

Hamas ingin membina semula organisasinya, antaranya membangunkan ‘rumah’ Palestin untuk mewakili semua rakyat di dalam juga di luar negara, dan tidak ada yang terkecuali untuk mengatakan di hadapan dunia:

 

“Kami mempunyai satu ‘rumah’ yang mewakili kita semua, dan di bawah kubah rumah ini kami tidak setuju, setuju dan uruskan urusan dalaman kami.”

 

Dalam pada itu, pemerolehan, eksklusif dan pengecualian adalah dasar yang utama. Maka terdapat keputusan presiden yang dikeluarkan dalam tiga tahap, iaitu berjanji kepada rakyatnya untuk mengadakan tiga pilihan raya.

 

“Ini adalah demi kepentingan rakyat Palestin, dan tidak sukar untuk menyetujui pemilihan Majlis Nasional serta pembentukannya dalam rancangan yang kita buat di Kaherah bulan lalu.”

 

Dialog Kaherah

 

Dalam agenda dialog Kaherah yang akan datang pada akhir Mac ini, al-Hayya menegaskan bahawa isu Palestin ini akan sampai ke penghujungnya dan dalam menyelesaikan isu pilihan raya Majlis Nasional, ia memerlukan beberapa perancangan yang teliti termasuk persetujuan atas dasar politik mengenai apa yang dibincangkan untuk mencapainya sebagaimana yang telah dipersetujui pada bulan lalu.

 

“Maka perjanjian mengenai pemilihan presiden, tidak ada yang disepakati, dan prinsipnya adalah untuk melengkapkan undang-undang Majlis Nasional dan menyelesaikan semua yang diperlukan, dan setelah itu kami menetapkan mekanisme untuk pemilihan presiden dan kami setuju untuk membentuk sebuah jawatankuasa tertinggi untuk mengawasi pemilihan presiden agar berjalan dengan adil dan untuk membentuk sebuah jawatankuasa nasional.”

 

Selain  itu menurutnya, isu-isu ini penting yang mesti dipersetujui dan menentukan mekanisme pilihan raya antaranya belum ada kesepakatan mengenai jumlah ahli Dewan Negara, apakah perwakilan dalaman dan bahagian luar boleh sertainya dan bagaimana untuk melengkapkan ahli Dewan Negara yang bukan ahli.

 

“Jika kita bersetuju dengan isu-isu ini, kita akan dekat dengan pilihan raya untuk pemilihan presiden dan pembukaan pintu tertutup selama beberapa dekad ini.”

 

Seruan untuk rakyat Palestin

 

Dalam ucapan yang ditujukan kepada rakyat Palestin itu, al-Hayya mengatakan:

"Kami berada pada tahap yang penting. Kami menghadapi cabaran berat dan berbahaya terhadap perjuangan dan kehadiran kami di tanah suci Umat Islam ini.” 

 

“Kami diminta untuk lebih bersatu, teguh atas dasar menghadapi cabaran dan pendudukan serta mengakhirinya, dan mewujudkan negara Palestin di tanah ini, kepulangan pelarian dan perlindungan Baitulmaqdis (Jerusalem), ibu kota abadi kami.”

 

Beliau turut menyeru rakyat Palestin untuk bersatu padu bagi merealisasikan segala yang diperjuangkan, mengakhiri perpecahan, mewujudkan perpaduan dan bekerjasama sehingga dapat menyelesaikan pilihan raya.

Read 127 times Last modified on Wednesday, 17 March 2021 16:06

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!