wrapper

Berita Terkini

الجمعة 26 رمضان 1442   |   Friday 07 May 2021
Tuesday, 23 March 2021 12:16

Janji Nabi tentang keselamatan wanita

Written by Irham Masiri
Rate this item
(1 Vote)

Keselamatan merupakan suatu aspek yang sangat penting dalam kehidupan kita. Dengan merasakan diri ini selamat, ketakutan akan hilang dan ketenangan akan datang. Apalah ertinya wang setinggi bukit tetapi sentiasa takut dan gelisah. Tiada erti keselamatan di dunia yang sementara ini, tetapi sakit dan menderita di akhirat nanti.

 Keselamatan para wanita di Malaysia hari ini telah goyah kerana pelbagai masalah yang wujud. Para wanita pada hari ini merasa takut untuk keluar rumah seorang diri kerana banyaknya kes yang membuatkan mereka ini trauma. Kita disajikan dengan berita yang memberitahu bahawa ada wanita dirompak, dirogol, dibunuh dan macam-macam lagi.

 

Apa yang lebih menyedihkan buat para wanita ini ialah apabila rumah mereka yang dianggap syurga telah menjadi neraka kerana mereka tidak lagi rasa selamat dan aman berada di rumah mereka.

 

Ini dapat dilihat apabila ayah telah merogol anak sendiri atau suami telah mendera isteri mereka. Keselamatan mereka telah dirobek walaupun mereka berada di rumah. Jika bukan di rumah untuk mereka rasa selamat dan aman, di mana lagi sepatutnya?

 

Dalam hadis daripada 'Adi bin Hatim radiallahuanhu (RA) ada bercerita tentang keamanan dan keselamatan terhadap wanita.



..Nabi SAW bersabda, "Wahai ‘Adi, adakah engkau pernah melihat Hirah?" 'Adi berkata, "Tidak pernah tapi aku pernah mendengar tentangnya." Nabi berkata, "Jika kamu panjang umur, nescaya kamu akan melihat wanita yang menaiki untanya berjalan dari Hirah (sebuah kawasan di Iraq) hingga melakukan tawaf di Kaabah (Mekah). Dia tidak takut sesuatu pun melainkan Allah (dalam perjalanan itu)‏..." (HR Bukhari No. 3595)

 

'Adi RA beruntung kerana umur beliau panjang dan beliau sempat menyaksikan janji Nabi SAW ini yang mana wanita yang berjalan dari Hirah ke Mekah dan tidak takut akan bahaya lain kecuali takut kepada Allah kerana beliau merasakan selamat dan aman.

 

Perkara ini telah hilang dalam negara umat islam. Wanita-wanita ini ketakutan dan sentiasa merasa tidak selamat.

 

Di laman sesawang ‘Vision of Humanity’, ia telah menyenaraikan indeks negara yang paling aman di dunia pada tahun 2020 dan Malaysia telah mendapat tempat ke-20 dalam negara aman di dunia. Apa yang lebih menyedihkan adalah nombor satu sehingga 19 semuanya adalah negara yang majoritinya orang bukan Islam.

 

Jika negara kita yang selalu kita lihat di dada akhbar terlalu banyak berita jenayahnya, apatah lagi di negara-negara Islam yang lain khasnya. Islam yang dikenali sebagai agama yang aman dan damai telah hilang serinya. Bukan kerana agama itu yang bermasalah, hakikatnya adalah penganutnya yang tidak mengikut ajaran Tuhannya.

 

Terlalu banyak perkara yang kita perlu tajdid dan perbaharui dalam sistem kita untuk mencapai keamanan dan keselamatan sepertimana yang pernah dirasai oleh 'Adi bin Hatim RA.

 

Banyak faktor yang telah mempengaruhi sikap dan moral kita pada hari ini. Banyak kerja yang perlu dilakukan untuk mencapai keamanan. Kalau bukan kita yang rasa, biarlah anak cucu kita yang rasa.

 

Irham Masiri

Read 216 times Last modified on Tuesday, 23 March 2021 12:31

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!