wrapper

Berita Terkini

الجمعة 26 رمضان 1442   |   Friday 07 May 2021
Thursday, 15 April 2021 13:58

Integriti yang diragui

Written by Atriza Umar
Rate this item
(1 Vote)

Kalau di Malaysia, belum lagi berlaku kejadian menteri meletakkan jawatan kerana ketidakupayaan melaksanakan tugasan-tugasan yang diamanahkan, walaupun pada hakikatnya ramai yang patut berbuat demikian.

Baru-baru ini Menteri Kesihatan Austria, Rudolf Anschober mengumumkan peletakan jawatan berikutan terlalu kepenatan dan teruk bekerja akibat menguruskan krisis Covid-19.

 

Beliau dilantik sebagai Menteri Kesihatan pada awal tahun lalu ketika Green Party membentuk gabungan 'luar biasa' dengan parti konservatif pimpinan Canselor Austria, Sebastian Kurz untuk membentuk kerajaan sebelum pandemik ini mula menular di negara Eropah itu.

 

Anschober, 60, yang sebelumnya bertugas sebagai wartawan itu menyatakan bahawa tugasnya selama 15 bulan itu dirasakan bagai 15 tahun.

 

Meninggalkan jawatan

 

Sejak terbentuknya pemerintahan Austria yang merangkumi Austrian People’s Party yang konservatif dan Green Party pada Januari 2020, Anchober telah mengetuai Kementerian Kesihatan yang telah menjadi kementerian terpenting semasa wabak Covid-19 melanda.

 

Melihat kepada tindakan drastik itu, dapat kita lihat betapa beliau sangat mementingkan integriti walaupun memiliki kompetensi apalagi kredibiliti untuk meneruskan tugasnya.

 

Meninggalkan jawatan dan pangkat, mengakui ketidakupayaan diri untuk meneruskan amanah dan tanggungjawab bukan sesuatu yang mudah, itulah tindakan berani yang dilakukan oleh seorang Anschober.

 

Berbalik kepada realiti di negara kita ini, tidak habis-habis ‘orang politik’ bercakaran sesama mereka, mencuit sana, mencuit sini, dan kesannya rakyat yang terpaksa tanggung.

 

Ya, kita masih belum berjaya menangani pandemik yang berleluasa ini. Sewajarnya jemaah menteri lebih melaksanakan peranannya dalam negara bagi membanteras isu ini. 

 

Betapa ‘kasta’ terus terserlah

 

Ketika rakyat marhaen membuat silap, laju sahaja pihak berkuasa mengenakan tindakan kepada yang melakukannya. Sangat berbeza sekali dengan orang berada apalagi punya pangkat dan jawatan dalam kerajaan.

 

Seorang artis membuat silap, ramai pengikutnya mengatakan, “Maafkan saja, dia tak sengaja.” 

 

Segalanya telah ternyata dan terbukti, tersebar merata mereka melakukan kesilapan dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang pihak berkuasa tentukan.

 

Namun sebagaimana laporan media semalam, pihak berkuasa sudah mencadangkan supaya kompaun dikeluarkan terhadap pasangan terbabit sedangkan kes itu berlaku pada 27 Mac lalu.

 

Baru nak cadang ya! Bukan teruskan tindakan. Bayangkan jika yang buat itu rakyat biasa dan tiada apa-apa, tentu mereka sudah dikenakan hukuman.

 

Begitu juga seorang pak menteri ke luar negara dengan jet mewah yang dikatakan ‘ditaja’ itu, maka pihak mereka akan membalasnya, “Bukan duit kerajaan pun.” Mungkinkah jika dia bukan seorang menteri, akan dapat seperti itu? Bersamalah kita fikirkan.

 

Namun, ketika rakyat biasa tanpa sengaja berbuat khilaf, maka dihumbankanlah pelbagai kata kerana ia seorang rakyat biasa. Sampai bila perkara ini dibutakan dan dipekakkan oleh mereka yang sedang berkuasa?

 

Ingatlah kita, kaum terdahulu diazab dengan segera kerana dosa-dosa mereka. Istimewanya kita, Allah berikan ‘tangguh’ untuk hamba-Nya sentiasa bertaubat dan memperbaiki kesilapan yang ada, bukan terus melakukannya hingga habis berkuasa.

 

Apa nak jadi dengan negara ini?

Read 97 times Last modified on Thursday, 15 April 2021 14:25

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!