wrapper

Berita Terkini

الجمعة 26 رمضان 1442   |   Friday 07 May 2021
Tuesday, 20 April 2021 15:15

'Cuci' yang disucikan

Written by Atriza Umar
Rate this item
(2 votes)

Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa kes kekejaman dan tidak berperikemanusiaan berlaku yang disebabkan daripada dua perkara ini, arak dan judi.

Bukan sahaja agama Islam, tetapi semua agama di dunia ini mendidik penganutnya menjauhkan diri daripada perkara yang tidak bermanfaat seperti minum arak, judi dan perbuatan lainnya yang membawa kepada kerosakan serta kebinasaan kepada diri dan masyarakat.

 

Walaupun realitinya perkembangan pesat teknologi digital mampu memperlihatkan pertumbuhan ekonomi negara, hakikatnya ia juga membuka ruang dan jalan kepada aktiviti perjudian dalam talian yang semakin berleluasa.

 

Implikasi dunia di hujung jari, menghilangkan batasan yang sepatutnya wujud. Sesiapa pun boleh melakukan transaksi sama ada secara sah atau tidak sah dari segi undang-undang siber.

 

Ia bagaikan satu ‘pandemik’ yang membarah dalam kalangan masyarakat tanpa mengira darjat kaya atau miskin berikutan terdapat pelbagai jenis jenayah berlaku dalam dunia digital antaranya ialah sebagaimana isu yang tular minggu lalu iaitu video iklan raya mempromosikan judi.

 

Namun, terdapat segelintir kelompok merasakan, dengan mengambil arak atau judi, tidak akan memberi kesan langsung kepada orang lain walaupun hakikatnya ia tetap akan menyebabkan orang lain di sekeliling terjebak hingga pada satu tahap, mereka yang tidak berkenaan menjadi mangsa.

 

Perlu lebih tegas

 

Sewajarnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak dengan lebih tegas dalam menangani isu melibatkan laman web perjudian dalam talian.

 

Sebagaimana laporan media menyatakan, SKMM telah menyekat 2,484 laman web pornografi pada tahun 2020. Sementara itu, sejumlah 1,777 laman web judi dalam talian yang dikesan aktif pada 2009 hingga Jun 2020 disekat SKMM.

 

Oleh itu, tentunya SKMM boleh sahaja menyekat semua pautan atau laman web judi dalam talian dengan lebih agresif sebagaimana mereka menyekat ribuan laman web lucah tersebut.

 

Apa bezanya pusat judi berlesen dan judi haram? Bahkan, secara jelasnya ia adalah sesuatu yang ditegah di sisi agama.

 

Jangan biarkan ia terus merosakkan umat ini.

 

Tindakan tegas

 

Pelakon-pelakon Melayu dan Islam yang ‘memeriahkan video raya’ tersebut sewajarnya dikenakan tindakan tegas kerana sangat terang dan jelas telah sama turut mempromosikan judi itu.

 

Pelbagai dalih dan alasan diberi bagi menafikan perlakuan jahat yang dibuat kononnya tidak tahu itu adalah iklan judi. Ia sangatlah tidak boleh diterima. Siap dibuat gaya dengan jari, mempromosikan angka itu, takkanlah tidak diketahui?

 

Penerbit video dan lagu tersebut juga wajib dikenakan tindakan yang sama, jangan dilepaskan begitu saja.

 

Sebagaimana memetik kata mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada status Facebooknya:

 

“Syarikat judi online sekarang ini nampaknya semakin galak mempromosikan aktiviti judi atas talian. Wah, siap undang pelakon dan penyanyi Melayu bagi mempromosikan perniagaan mereka. Nampaknya Petronas dan TNB yang selalu buat iklan raya pun boleh kalah,” menurut Zahid.

 

Suara-suara rakyat

 

Melihat reaksi netizen menerusi komentar yang diberikan di laman FB Saiful Adli berkata, “Banteras segera agar generasi kini dan akan datang tidak kemaruk benar berjudi.”

 

Begitu juga dengan Junita Abu Bakar membalas status Zahid, “Terima kasih kerana bersuara DSZH. Harap SKMM dan kerajaan PN dapat melumpuhkan sindiket judi online ni.”

 

Tidak terkecuali, Haslihelmy DM Zulhasli mengingatkan semua:

“Kadangkala desakan ekonomi menjadikan manusia kelabu mata. Sedangkan orang kaya mengambil rasuah, walaupun di luar kelihatan kecukupan. Manusia itu lemah sehingga nafsunya sendiri sukar dikawal.”

 

Manakala Mohd Latfi Dato Razlan membidas status yang dibuat Zahid:

"Jika dari dahulu lagi semasa 'umnobn' memerintah bertegas dalam sindiket perjudian online atau berkaitan dengan perjudian ini, sudah pasti kegiatan mereka dapat dibendung lebih awal lagi. Bukankah Dato Seri ketika 'umnobn' memerintah itu memegang jawatan Timbalan PM, merangkap Menteri Dalam Negeri? Apa yang Dato lakukan semasa ada kuasa mutlak untuk membanteras sindiket perjudian haram ini walhal hal ini telah disuarakan oleh orang ramai ketika itu?"

 

"Itu belum lagi kegiatan ceti-ceti haram yang digelar Ah Long... kegiatan mereka begitu berleluasa di seluruh negara sehinggakan mereka ini tidak berani diusik oleh pihak penguat kuasa, tetapi sekarang bila sudah tiada kuasa baharu isu ini keluar dari mulut sendiri.”

 

Kita sebagai umat Islam perlulah tegas dan tidak terlibat dengan sebarang kegiatan judi, bukan memberi ruang dan jalan lagi kepada mereka untuk hidup subur di muka bumi ini. Dan kepada pihak berkuasa, segeralah ‘merawatnya’ agar tidak menjadi pandemik yang berpanjangan.

 

Selamatkan negara ini daripada kemaksiatan rasuah, judi dan yang seumpama dengannya. Ayuh kita bersama-sama mendoakan kebaikan untuk negara ini, dari pemimpin hingga sekalian rakyatnya.

Read 171 times Last modified on Tuesday, 20 April 2021 15:55

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!