- Friday, 18 August 2017
MAP - Sayangi Diri Hiasi Peribadi
Khamis 10/8/2017 @ Sekolah Rendah Islam Aman Machang
Alhamdulillah pada 10hb Ogos, team MAP Kelantan yang diwakili oleh Pn Nurhafiza telah diberi peluang untuk menyantuni anak-anak Sekolah Rendah Islam Aman Machang.
Peserta seramai 20 org semuanya terdiri daripada pelajar perempuan darjah 4-6.
Tema program adalah 'Sayangi Diri Hiasi Peribadi'. Program yang berlangsung selama sejam setengah menyentuh tentang 'Ada Apa Dengan Baligh' dan selitkan dengan beberapa video - Tujuan Hidup, Kerosakan Otak Akibat Pornografi, Sentuhan Selamat & Tak Selamat, nasyid Anak Soleh (Aeman).
Mereka sangat teruja dengan video-video dan juga tadabbur ayat-ayat AlQuran yg berkaitan dengan penjagaan diri,jangan hampiri zina, buat baik kepada ibubapa dan tujuan hidup.
Ada juga kuiz di akhir program yang membuatkan mereka sangat teruja.
Semoga penyampaian tadi berbekas di hati dan memberi kesan dalam kehidupan adik2.
Jika ada sekolah2 atau masjid2 atau pertubuhan2 yang memerlukan khidmat penerangan dan bengkel MAP sila hubungi JK Pembangunan dan Pembelaan Kanak2 , Dr Fatimah AzZahraa Dinsuhaimi di talian +60174252929
Wanita IKRAM Negeri Kelanta
- Tuesday, 19 January 2016