wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 24 جمادى الثانية 1441   |   Tuesday 18 February 2020


ISTANBUL - Timbalan Pengerusi Aqsa Syarif, Dr Fauziah Mohd Hasan telah dinobatkan sebagai Tokoh Aktivis Palestin Antarabangsa dalam Persidangan Gabungan Antarabangsa Untuk Membantu Al-Quds dan Palestin (Multaqa Ruwwad I’tilaf) kali ke-6 yang berlangsung 21- 23 Oktober yang lalu.

Anugerah tersebut diumumkan oleh pemimpin Hamas, Usama Hamdan dalam majlis penutup persidangan tersebut pada Khamis 23 Oktober lalu.

I’tilaf merupakan gabungan NGO-NGO cakna Palestin di seluruh dunia dalam pembebasan Palestin. Antara individu yang pernah menerima anugerah daripada I’tilaf ini adalah Almarhumah Ustazah Yoyoh Yusroh (Indonesia) dan Dr Amal (Mesir).

Dr Fauziah, seorang doktor sakit puan (Obstetrik & Ginekologi) di Hospital Ampang Puteri dan pernah ke Gaza dalam Misi kemanusiaan Aqsa Syarif pada tahun 2009, menerima anugerah tersebut daripada Timbalan Pengerusi I’tilaf, Syeikh Saud Abu Mahfouz.


Beliau yang juga Ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) IKRAM dan Ahli Jawatankuasa Wanita IKRAM Pusat terlibat aktif dalam mengadakan pelbagai aktiviti dan kutipan sumbangan untuk wanita Palestin dan Syria melalui sayap kemanusiaan untuk wanita, Rose2Rose.

Pengiktirafan ini jelas menunjukkn bahawa wanita juga turut berperanan dalam aktiviti-aktiviti sosial dan kesukarelawan secara tidak langsung pengiktirafan kepada semua aktivis serta sukarelawan Rose2Rose dan Aqsa Syarif atas segala usaha pembelaan dan kesedaran Palestin di Malaysia.

Tahniah kepada Dr Fauziah Mohd Hasan. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat kepada semua untuk terus menyumbang dalam aktiviti kemanusiaan terutamanya di Palestin, insyaa-Allah.

Last modified on Friday, 31 October 2014

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!