wrapper

Berita Terkini

السبت 22 ذو الحجّة 1442   |   Sunday 01 August 2021


IPOH - IKRAM Negeri Perak telah menganjurkan Karnival Harmoni-IKRAM pada 28 dan 29 Mac lalu yang berlangsung di Mydin Mall Meru Raya di sini bertemakan “Masyarakat Harmoni Negara Rahmah” bagi mempromosikan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Pelancaran karnival yang julung kali dianjurkan oleh IKRAM Perak ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Drs Mohd Nizar Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah dan Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak.

Turut hadir dalam pelancaran Setiausaha Agung IKRAM Hj Nahar Md Nor, Pengerusi Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, Yang Dipertua IKRAM Perak Hj Yahanis Yahya dan Pengarah Karnival, Sdr [email protected] Latif Mohamed.

Sekitar pameran dan aktiviti dalam Karnival IKRAM-Harmoni

Pelbagai aktiviti dan pengisian  program disusun antaranya pameran, teater, forum, street dakwah, persembahan kesenian dan sembang santai bagi memeriahkan karnival dengan penglibatan pelbagai pihak seperti Wanita IKRAM, IKRAM-MUSLEH, MyCARE, i-Bantu, Hidayah Centre Foundation (HCF), GEMA, IKRAM Siswa dan IKRAM Junior.

Segmen masyarakat berupa forum khas dengan tema karnival telah diadakan dengan penampilan Hj Muhammad Nicholas Sylvester, Imam Muda Jabar dan Dr Hafidzi.

Perasmian pelancaran, forum kekeluargaan dan nasyid

Karnival Harmoni-IKRAM turut diserikan dengan persembahan ‘Stand-up Flashmob’, pertandingan bercerita IKRAM Junior turut diadakan dengan tema ‘Rasulullah Rahmatan lil Alamin’ di samping persembahan nasyid daripada para pelajar SR Al Hidayah, Ipoh.

Segmen kekeluargaan turut disediakan dengan forum yang bertajuk "Gen-Y: Keluarga Idaman, Masyarakat Budiman" bersama ahli panel Dr Hafidzah H Mustakim, Timbalan Ketua Wanita IKRAM Malaysia dan Wan Muhammad Wan Ibrahim, mantan Setiausaha GEMA.

Tidak dilupakan, wakil-wakil aktivis MyCARE Daerah di Perak menerima watikah masing-masing oleh Hj Yahanis sebagai simbolik komitmen mereka untuk menyantuni insan-insan yang memerlukan bantuan di seluruh dunia.

Flashmob, Busking dan Bersama Ahli Parlimen Belia Malaysia

Segmen anak muda tidak ketinggalan menampilkan Busking Anak Muda dengan persembahan seni oleh kumpulan Tremolo dan sembang santai bersama Ahli Parlimen Belia Malaysia iaitu Wan Abdullah Mujahid Hasanuddin, Mohamad Hafiz Hafifi Hassan dan Ahmad Fadhil Ahmad Suhaili.

Dengan sambutan menggalakkan dalam kalangan masyarakat, diharapkan program sebegini dapat diteruskan dalam melestarikan perpaduan masyarakat berbilang bangsa dan peringkat serta memperluaskan dakwah kepada masyarakat secara harmoni, insya-Allah.

Sumber foto: FB IKRAM Perak

Last modified on Thursday, 02 April 2015

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd