wrapper

Berita Terkini

السبت 22 ذو الحجّة 1442   |   Sunday 01 August 2021

PETALING JAYA - Seramai 54 peserta dan 31 sukarelawan dalam kalangan belia di sekitar Petaling Jaya telah menyertai satu program unik yang dinamakan ‘Kayuhan Untuk Gelandangan’ pada Sabtu 18 April lalu untuk menyantuni golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur sambil berbasikal.

Program yang julung kali diadakan anjuran Belia IKRAM Petaling Jaya dengan kerjasama Biro Belia Masjid Tun Abdul Aziz, Destinasi Anak Muda (DAM) dan Kelab Kayuh (KEKA) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini bertujuan supaya para belia cakna dengan isu gelandangan di samping melakukan aktiviti menyihatkan iaitu dengan berbasikal.

Perasmian oleh Nazir Masjid dan kayuhan ke Kuala Lumpur

Program yang telah diadakan di Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya telah dirasmikan oleh Nazir Masjid, Prof Dato' Dr Zulkifli Hj Mohd Yusoff dan para peserta dilepaskan menuju ke Kuala Lumpur pada jam 10.00 malam. Turut hadir dalam pelepasan Yang Dipertua IKRAM Petaling Jaya, Mohd Hasyahril Mohd Hashim.

Kemudian, para peserta membuat kayuhan melalui jalan kampus di Universiti Malaya (UM) diiringi marshall dan anggota trafik UM manakala di Jalan Bangsar, mereka diiringi oleh anggota polis trafik dari IPD Dang Wangi hingga tiba di bangunan Cahaya Suria di ibu kota.

Para peserta menyantuni gelandangan dan memberi pek kebersihan

Di sana, mereka diberi taklimat oleh Saudara Abdul Hadi Khalid, koordinator Dapur Jalanan. Para peserta pula dibahagikan kepada 10 kumpulan dan mereka mula mengedarkan pek kebersihan (hygiene kit) kepada para gelandangan di samping menyelami latar belakang kehidupan mereka hingga mengalami keadaan tersebut.

Pada jam 11.30 malam, para peserta berkumpul dan bergerak pula ke Dataran Merdeka untuk minum malam dan sesi fotografi sebelum bergerak pulang ke Masjid Tun Abdul Aziz.

Semoga kayuhan bermanfaat ini dapat membantu sedikit sebanyak golongan gelandangan di ibu kota dan meningkatkan rasa prihatin masyarakat terhadap mereka, insya-Allah.

 

FB IKRAMYouth PJ

Foto1: http://on.fb.me/1HprM0l

 

FB Masjid Tun Abdul Aziz, PJ

Foto2: http://on.fb.me/1FjdzQV

Foto3: http://on.fb.me/1Ge10T7

Foto4: http://on.fb.me/1Dqbez2

Foto5: http://on.fb.me/1Hvdbkd

Foto6: http://on.fb.me/1Dj1khh

Foto7: http://on.fb.me/1ElWtkN

Foto8: http://on.fb.me/1HyYwCQ

Last modified on Friday, 24 April 2015

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd