wrapper

Berita Terkini

الإثنين 12 ربيع الثاني 1441   |   Monday 09 December 2019


KUALA LUMPUR - Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) yang merupakan gabungan 27 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelbagai kaum dan agama telah melancarkan tabung khusus untuk aktiviti mengukuhkan perpaduan nasional.

Pelancaran Unity In Diversity Fund (UID Fund) atau Tabung Kesatuan Dalam Kepelbagaian ini disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator P. Waytha Moorthy.

Katanya, membina perpaduan nasional bukanlah tanggungjawab kerajaan semata-mata, bahkan semua rakyat Malaysia perlu memainkan peranan untuk memelihara dan mengukuhkan lagi perpaduan negara.

"Ia termasuk pertubuhan-pertubuhan masyarakat madani (CSOs), sektor swasta, institusi akademik dan pertubuhan berasaskan komuniti," tambahnya ketika ucapan perasmian Majlis Sambutan Ulang Tahun Kesembilan GBM dan Tabung UID Fund.

  

Pengerusi GBM, Hj Zaid Kamaruddin dalam majlis itu berkata, GBM yakin inisiatif tabung ini merupakan pendekatan yang baik dalam mengukuhkan perpaduan nasional di negara ini.

"Sekarang ini GBM merasakan bahawa kami mempunyai sesuatu yang amat-amat berharga dalam isu perpaduan nasional ini," jelasnya.

Tambahnya, penubuhan GBM sejak sembilan tahun lalu merupakan titik permulaan yang penting bagi merangka pelan tindakan untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum dan agama.

Majlis turut diserikan dengan dialog yang bertajuk "New Malaysia: Hopes, Fearless and Realities" bersama lapan panelis jemputan dan moderator Cik Firdaus Husni.

  

Panelis-panelis tersebut ialah Prof Dr. Edmund Terence Gomez, Prof Dr Madeline Berma, Rev Julian Leow Beng Kim, Prof Madya Hj Badlishah Sham Baharin, Prof Dr Woo Wing Thye, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim, Mr Eddin Khoo dan Prof Dr Mohd Tajuddin Rasdi.

Turut hadir dalam majlis itu bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah.

Mereka yang berminat menyumbang dana dalam UID Fund, bolehlah menyalurkan sumbangan tersebut ke akaun The KL & Selangor Chinese Assembly Hall (Public Bank 3158 990 236) dengan rujukan 'UID Fund' dan maklumkan sumbangan ke e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Sumber: GBM | The Star

Last modified on Saturday, 17 August 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd