wrapper

Berita Terkini

الإثنين 12 ربيع الثاني 1441   |   Monday 09 December 2019

KUALA LUMPUR - Hidayah Centre Foundation (HCF) telah menerima Anugerah Kategori Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terbaik sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah pada Jumaat di sini.

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Hajah Fuziah Salleh kepada Pengarah Operasi Negeri HCF, Haji Abdul Rahman Kassim.

Selain itu, antara anugerah lain yang disampaikan dalam majlis ini adalah Anugerah Tokoh Utama, Anugerah Tokoh Khas, Anugerah Masjid dan Surau Terbaik, Anugerah Kategori Tahfiz, Kategori Rumah Kebajikan dan Kategori Surau Sekolah.

Ditubuhkan sejak 2005 sebagai institusi di bawah Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM), Hidayah Centre berusaha menyampaikan dan berkongsi mesej Islam yang benar kepada bukan Islam dan menyantuni mualaf.

Setelah bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hidayah Centre telah didaftarkan sebagai sebuah yayasan dengan Bahagian Hal Ehwal Undang Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 29 Februari 2012, dengan nama Hidayah Centre Foundation.

Semoga anugerah dan pengiktirafan ini melonjakkan lagi aktivisme HCF dalam menyampaikan mesej Islam serta menyantuni mualaf dan bukan Islam di seluruh negara, insya-Allah.

Last modified on Tuesday, 19 November 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!