wrapper

Berita Terkini

الإثنين 12 ربيع الثاني 1441   |   Monday 09 December 2019


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keputusan terkini Amerika Syarikat (AS) ke atas status penempatan Israel di wilayah Palestin adalah tidak masuk akal kerana ia seolah-olah mengizinkan rampasan tanah oleh sesebuah negara jiran.

Beliau mengulas laporan yang memetik Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo yang telah mengumumkan bahawa pentadbiran Trump tidak menganggap penempatan Israel di Tebing Barat sebagai haram.

"Anggapan itu secara terang-terangan tidak mengendahkan undang-undang antarabangsa serta resolusi-resolusi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu.

"Kita tidak lagi selamat. Jika sesebuah negara mahu masuk ke negara kita dan membina penempatan, kini ia adalah sah dan dihalalkan. Kita tidak boleh buat apa-apa,” tambah beliau dalam kenyataan akhbar yang dikeluar Pejabat Perdana Menteri.

Menurutnya, langkah yang dibuat oleh pentadbiran Trump ini telah menyebabkan kemarahan di peringkat antarabangsa kerana ia bertentangan dengan keputusan Pentadbiran Amerika Syarikat pada tahun 1978 di mana penempatan tersebut adalah haram dan tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa.

Tun Dr Mahathir melahirkan perasaan bimbang kerana pengumuman ini akan menggalakkan lagi kekejaman tentera Israel yang ketika ini sedang ghairah melakukan pembunuhan dan serangan ganas ke atas Gaza di mana laporan-laporan menyatakan ramai kanak-kanak terkorban.

“Anda mengumumkan bahawa penempatan haram mereka adalah sah semasa mereka sedang melakukan keganasan di Gaza… tidakkah ini akan menggalakkan mereka untuk membunuh kanak-kanak dan orang awam dan mereka tidak akan dihukum?

Sebaliknya mereka diberi ganjaran untuk membina penempatan di tanah penduduk yang telah mati mereka bunuh,” tambah beliau.

Kredit: Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Last modified on Wednesday, 20 November 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!