wrapper

Berita Terkini

الإثنين 12 ربيع الثاني 1441   |   Monday 09 December 2019


SUNGAI BULOH - IKRAM Muda FC muncul naib juara Liga M4 Selangor Social Premier League (SSPL) selepas tewas 1-3 kepada MOFAH FC dalam aksi perlawanan akhir.

Perlawanan yang berlangsung di Padang IGB International School di sini pada Selasa lalu menyaksikan IMFC terpaksa akur dan melepaskan slot play-off Liga M3 2020.

Pemain IMFC dibarisi oleh Aiman (penjaga gol), Faiz Mokhtar dan Aliff Rose (pertahanan tengah), Azrul dan Fauzan (pertahanan kiri dan kanan), Azrul Razman, Danial dan Aliff Mazlan (tengah), Belong, Aqmar dan Adam (serangan).

MOFAH FC menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-70 perlawanan menerusi 'chip' cantik daripada Acam menewaskan penjaga gol IMFC dan Aliff Rose yang berada di garisan gol.

IMFC seterusnya melakukan 'counter-attack' dengan hantaran lintang cantik oleh Belong yang disudahkan kemas oleh Aqmar menjadikan jaringan seri 1-1 pada minit ke-78.

Kemudiannya, kelemahan pertahanan IMFC dihukum MOFAH FC apabila menghadiahkan gol mudah kepada Iqbal pada minit ke-88.

Dalam keghairahan mendapatkan gol penyamaan, IMFC dihukum lagi pada minit ke-92 apabila Wan Pet menjaringkan gol ketiga MOFAH FC hasil sepakan penjuru daripada Acam.

Tahniah kepada semua pemain IMFC dan pengurusan yang bertungkus-lumus hingga mencapai ke peringkat ini. Moga IMFC terus bangkit dan maju jaya dalam edisi kejohanan seterusnya, insya-Allah.

Sumber: IMFC

Last modified on Friday, 29 November 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd