wrapper

Berita Terkini

الإثنين 12 ربيع الثاني 1441   |   Monday 09 December 2019


SERI KEMBANGAN - Dewan Perwakilan Nasional (DPN) IKRAM semalam telah meluluskan tiga permohonan untuk membina bangunan baru dan pembelian tanah bagi sekolah-sekolah IKRAM MUSLEH.

Kelulusan tersebut melibatkan permohonan pembinaan bangunan baru Sekolah Menengah Islam Hidayah Batu Pahat (SMIH BP) yang bernilai RM2.24 juta di Parit Raja.

Bangunan SMIH BP baharu ini akan dibina berhampiran dengan Sekolah Rendah Islam Hidayah Batu Pahat (SRIH BP) yang sedia ada.

Selain itu, DPN juga telah meluluskan permohonan Sekolah Rendah Islam Aman, Kota Bharu untuk membeli tanah iaitu tapak sekolah sekarang yang bernilai RM3 juta di Lorong Merican, Jalan Telipot.

DPN turut meluluskan permohonan pembinaan bangunan empat tingkat Sekolah Al-IKRAM, Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang bernilai RM5 juta.

Untuk makluman, semua perbelanjaan institusi di bawah IKRAM yang melebihi RM1 juta perlu mendapat kelulusan DPN.

Semoga sekolah-sekolah IKRAM MUSLEH terus cemerlang dalam melahirkan generasi soleh dan musleh dengan pembinaan infrastruktur yang baru, insya-Allah.

Foto: SRIH Batu Pahat

Last modified on Monday, 02 December 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!