wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 27 جمادى الأولى 1441   |   Wednesday 22 January 2020

BINTULU - Ekspedisi Remaja Kental (XREK) Sarawak 2019 anjuran IKRAMTeens Sarawak telah diadakan pada 30 November sehingga 2 Disember 2019 bertempat di Taman Negara Similajau di sini.

Disertai seramai 32 orang peserta daripada Bintulu, Sibu dan Miri, ekspedisi tiga hari dua malam ini dimulai dengan sesi perkenalan dan diteruskan dengan aktiviti yang menguji kekentalan iaitu Mega Explorace.

"Mega Explorace ini telah mendedahkan peserta untuk menyelesaikan misi yang diberikan di seluruh Bintulu," kata Pengarah program, Mohd Hasnolomar Ali Saifuddin bin Sahat.

Menurutnya, peserta perlu menggunakan kemudahan Grab Car memandangkan misi yang perlu mereka selesaikan berada di tempat yang berbeza iaitu di NAIM Paragon, Dewan Suarah Bintulu, Masjid As-Syakirin, Pantai Tanjung Batu.

"Dan destinasi terakhir adalah di Taman Negara Similajau."

Seterusnya, kata beliau, para peserta juga didedahkan dengan Bengkel Debat yang diberikan oleh Cikgu Nazareth.

"Aktiviti Jungle Trekking dengan tajuk Orang Kaya Beriman adalah acara kemuncak dalam program ini."

Tambah Hasnolomar, para peserta diberi dua plastik batu untuk sebuah kumpulan sebagai barang amanah.

"Mereka harus menjaga batu tersebut sedangkan para fasilitator yang berada di setiap checkpoint berusaha sedaya upaya untuk memperdaya para peserta supaya memberikan kepada mereka batu tersebut."

XREK Sarawak 2019 telah ditutup secara rasmi oleh Yang Dipertua IKRAM Bintulu, Ustaz Hj Seliman bin Hambali.

Turut hadir Ustaz Saimon Kila dan Ketua Kaum Kampung Baru Lorong 3 yang turut menaja pengangkutan beberapa orang peserta dan juga fasilitator untuk pulang ke bandar Bintulu.

Dalam program ini, peserta Terbaik Lelaki jatuh kepada adik Awang Muhammad Qhuzhaimi bin Awang Ehsan daripada Miri, manakala Peserta Terbaik Perempuan pula ialah Balqis Ayuni bin Toumin Hamedan.

Last modified on Wednesday, 04 December 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!