wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 27 جمادى الأولى 1441   |   Wednesday 22 January 2020


SHAH ALAM - Meskipun mengesahkan penyertaan aksi playoff ke Liga M3 pada saat akhir, itu tidak menghalang IKRAM Muda FC untuk melakar kemenangan besar 5-2 ke atas wakil Terengganu Amateur League (TAL), Real Chukai FC pada aksi pusingan pertama.

Menurut pengurus pasukan, Ahmad Taqiyuddin Shahriman, beliau berbangga dengan persembahan anak buahnya biarpun persiapan intensif hanya selama tiga hari sebelum perlawanan.

Slot itu sepatutnya menjadi milik MOFAH FC tetapi juara Selangor Social Premier League (SSPL) itu mengambil keputusan untuk tidak bertanding sekali gus membuka ruang kepada naib juara, IKRAM Muda FC untuk beraksi.

“Ini merupakan kejohanan besar yang pertama disertai kami tetapi memang segalanya agak lambat kepada kami kerana persiapan hanya dilakukan pada minggu ini selepas mengesahkan slot saat akhir.

“Melalui kemenangan ini, kami harap mampu buat lagi terbaik pada perlawanan akan datang dan kami mahu terus bergerak daripada sini untuk mara sejauh mungkin.

“Walaupun kami dibolosi dua gol pada lima minit pertama, kami berjaya memperoleh lima gol yang kami nak, malah sebenarnya ini pengalaman kali pertama kami bermain di sini, ” katanya.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Rhino KV Arena pada Sabtu, IKRAM Muda FC melakar kemenangan apabila bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menang 5-2 menewaskan Real Chukai FC.

Real Chukai mendahului hasil dua gol pantas Tuan Afif Nasrullah pada minit 1 dan Engku Fakrul Nizam, minit 5 namun IKRAM Muda FC bangkit melalui lima jaringan yang dicipta Ridhwan Johan pada minit 25 dan 57 diikuti Muhammad Fakrulrazi pada minit 45 serta 68 selain Azrul Razman di minit 29.

Lawan yang akan ditemui IKRAM Muda FC pada suku akhir ialah juara Shah Alam League, PIB FC yang menepati ramalan selepas menundukkan juara Piala Sultan Johor, Kluang FA menerusi kemenangan tipis 1-0.

Liga M3 merupakan liga divisyen 3 dalam sistem bola sepak Malaysia selepas Liga Super dan Liga Premier. Dalam perlawanan playoff ke Liga M3 ini, finalis pusingan pusingan akhir akan layak memasuki Liga M3 pada tahun 2020.

Sumber: semuanyabola.com

Last modified on Monday, 09 December 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!