wrapper

Berita Terkini

الخميس 19 ذو القعدة 1441   |   Thursday 09 July 2020


AMPANG - Institusi keluarga perlu diperkukuhkan kerana ia memainkan peranan penting dalam memastikan kesinambungan dan penambahbaikan sistem nilai serta akhlak dari satu generasi ke satu generasi.

“Figura seorang bapa adalah amat penting. Dalam kajian menunjukkan, susah untuk kita melihat figura bapa yang sebenar,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Kesaksamaan Gender dan Pembangunan Keluarga, YB Puan Nor Azrina Surip ketika merasmikan Sembang Santai Hero Keluarga Rahmah.

Menurutnya, kadangkala beliau melihat seseorang anak itu menjadi pincang kerana tidak melihat figura ayah.

“Kerana itulah penting program sebegini untuk kita kembalikan figura bapa yang sebenar,” tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Merbok.

Program sembang santai tersebut dianjurkan Unit Advokasi Keluarga Rahmah, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan kerjasama IKRAM Kuala Lumpur, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Hotel De Palma pada Sabtu, 15 Disember lalu.

Program yang dihadiri seramai 150 orang peserta ini diadakan bertujuan mempromosikan lelaki sebagai hero keluarga dan menegaskan kembali bahawa lelaki ini adalah pemimpin kepada kaum perempuan sebagaimana ayat 34 dalam surah an-Nisaa'.

Bagi Pengerusi Unit Advokasi Keluarga Rahmah IKRAM, Hj Nahar Md Nor, beliau berharap melalui program ini, kita dapat bersama-sama menegaskan kembali peranan lelaki.

“Sekiranya sesebuah keluarga tidak berjaya dikemudikan, lelaki sebagai nakhoda perlu bertanggungjawab,” kata beliau.

Beliau juga berharap agar para peserta yang hadir dapat bersama menyebarkan mesej daripada kempen ini dan kaum perempuan juga perlu berperanan untuk menonjolkan lelaki sebagai hero dalam keluarga mereka.

Timbalan Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin turut menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Hero Keluarga Rahmah: Kepentingan Dalam Pembangunan Keluarga’.

“Menurut kajian oleh Dr Scott Allison, terdapat dua faktor mengapa seorang bapa menjadi hero dalam keluarga iaitu guru dan mentor yang agung, dan juga bapa sebagai pelindung dan pembekal,” kata beliau.

Tambahnya lagi, seorang bapa akan mengajar perkara-perkara yang tidak diajar oleh ibu terutamanya berkaitan fizikal dan turut menjadi qudwah serta tauladan kepada anaknya serta seorang pelindung.

“Tentunya, seorang bapa akan cuba melindungi keluarga dan jika perlu berkorban, seorang bapa tentunya akan berkorban untuk keluarganya.”

Beliau turut menyeru para lelaki agar menjadi hero bagi membina keluarga yang sejahtera, kuat iman, kuat akhlak dan kuat ekonomi.

Seterusnya Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM , YAA Dato’ Dr Hj Mohd Na’im Hj Mokhtar menyampaikan tajuk ‘Peranan Lelaki Sebagai Hero Keluarga’ yang menekankan peri pentingnya suami sebagai hero berperanan memelihara semua maqasid syariah dalam perkahwinan iaitu menjaga nyawa, agama, akal harta dan keturunan dalam membina rumah tangga yang mawaddah, rahmah dan sakinah.

Program diakhiri dengan sesi Sembang Bernas bertajuk 'Lelaki Hero, Pembela dan Pelindung Keluarga' oleh tiga panelis jemputan iaitu Hj Ahmad Shafiai Uda Jaafar atau lebih mesra dengan panggilan Pak Utih, seorang pakar motivasi keluarga, Dr Jeffrey FK Phang, Pengerusi Persatuan Penduduk Petaling Jaya (MyPJ) dan En Krishnan A/L Arumugam, Pengarah Projek IMPAK Nasional, Tamil Foundation.

Ketiga-tiga panelis membuat perkongsian daripada pengalaman masing-masing dalam masyarakat mengenai peranan lelaki dalam pembentukan keluarga sama ada sebagai seorang bapa, suami, anak atau seorang abang/adik.

Dalam pada itu, Pengarah Program, En Mohd Hafiz Abd Hamid membacakan tujuh resolusi yang didapati daripada sembang santai tersebut iaitu:

1. Lelaki dan wanita sama-sama memberikan sumbangan yang signifikan di dalam membangunkan keluarga yang harmoni dan masyarakat yang sejahtera dan adil.

2. Sebagai lelaki, akan berusaha menjadi anak, suami, ayah dan datuk yang akan memimpin, mendidik dan memelihara keluarga agar semua  dapat memainkan peranan sebagai anggota masyarakat yang berjaya.

3. Sebagai Wanita akan sentiasa menyokong suami dan mendidik anak lelaki untuk berperanan sebagai ketua dan ahli keluarga yang bertanggungjawab supaya dapat membangunkan sebuah keluarga Rahmah.

4. Menjadikan agenda memperkukuhkan keluarga sebagai agenda bersama pelbagai lapisan masyarakat ke arah mewujudkan masyarakat yang dinamik, progresif dan sejahtera lagi adil.

5. Anggota keluarga lelaki diperkasakan dengan ilmu jatidiri, kepimpinan dan pengurusan keluarga supaya boleh membuat keputusan yang rasional dan adil sesuai dengan tuntutan agama.

6. Memperhebatkan 'Kempen Hero dalam Keluarga Rahmah' yang inovatif dan praktikal secara bersepadu melalui kerjasama semua pihak termasuk badan kerajaan dan bukan kerajaan serta seluruh lapisan masyarakat.

7. Sebarang usaha dan gerakan yang boleh melemahkan institusi keluarga hendaklah dibanteras dengan bersungguh-sungguh melalui badan bertindak dibawah agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan.

Last modified on Wednesday, 18 December 2019

3 Comments

  • Comment Link Jannade Friday, 13 March 2020 02:35 posted by Jannade

    Achat Cialis Professional cialis 5mg best price Viagra C'Est Plus Fort Toi Cialis Cialis Afecta Fertilidad

  • Comment Link Jannade Saturday, 11 April 2020 08:28 posted by Jannade

    Propecia Front Scalp buy liquid cialis online Want To Buy Amoxicilina Overseas Cialis Cialis Generico Answer

  • Comment Link Jannade Friday, 17 April 2020 08:31 posted by Jannade

    Canadian Pharmacies Mail Order buy cialis online us Zithromax Mail Singapore Cialis Drug Tadalis Sx Soft

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!