wrapper

Berita Terkini

الخميس 19 ذو القعدة 1441   |   Thursday 09 July 2020

KUALA LUMPUR - Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (#KLSummit2019) yang sedang berlangsung bermula 18 hingga 21 Disember telah menghimpunkan 450 delegasi dari 56 buah negara di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Penganjuran KL Summit 2019 bertujuan untuk menjadi platform para pemikir, intelektual, ulama, ahli politik dan para pemimpin masyarakat daripada negara-negara Islam membincangkan pelbagai isu dan solusi untuk pembinaan ummah.

Isu-isu yang menjadi kepentingan bersama turut dibincangkan termasuk keadaan semasa ummah, pemenjaraan umat Islam di seluruh dunia, penghijrahan besar umat Islam akibat perang saudara dan kebangkitan Islamofobia.

Pemimpin-pemimpin utama negara yang hadir sidang kemuncak ini adalah Emir Qatar, Syeikh Tamim bin Hamad al-Thani, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Presiden Iran, Dr Hassan Rouhani dan Penasihat Negeri kepada Presiden Uzbekistan, Rustam Karimov.

Para pemimpin Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) turut menghadiri KL Summit 2019 yang diketuai oleh Presiden Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad diiringi Timbalan Presiden Hj Badlishah Sham Baharin, Setiausaha Hj Mahdzir Md Isa, Ketua Wanita Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh dan Hj Shahrul Aman Mohd Saari.

Sidang kemuncak empat hari ini memberikan tumpuan kepada tujuh teras utama iaitu pembangunan dan kedaulatan negara, keadilan dan kebebasan, keamanan, keselamatan dan pertahanan, perdagangan dan pelaburan serta teknologi dan tadbir urus Internet.

Buat julung kalinya Sidang Kemuncak KL Youth 2019 bertemakan 'Pemberdayaan Belia dalam Menghadapi Cabaran Global' diadakan untuk membincangkan peranan belia dalam pembangunan negara-negara Islam.

Sidang kemuncak kali ini dilihat mampu menjadi inisiatif awal bagi mencetuskan pelbagai pandangan, cadangan dan solusi dan seterusnya mampu menggerakkan ke arah platorm yang lebih besar untuk bekerjasama secara praktikal antara negara-negara Islam.

Last modified on Friday, 20 December 2019

1 Comment

  • Comment Link Jannade Saturday, 28 March 2020 12:33 posted by Jannade

    Buy Cialis 10mg Uk Cialis Cialis Langzeittherapie Cialis Comment Avoir Du Viagra En France

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd